Tuesday 4 October 2016

Petua Hilangkan Begok

Salam,

Baru-baru ni Aidan and Iman tak sihat. Aidan kena measles... xlama lepas Aidan baik, Iman pula kena begok..... ada tak yang tak pernah dengar "begok" ni? mesti adakan. sebab office mate ummi ada yang tak pernah dengar langsung. 

"Begok" ni sebenarnya nama penyakit yang diberi oleh orang-orang tua, doctorsebut "mumps". "Begok" ni terjadi bila ada jangkitan kuman pada kelenjar air liur kita, so bahagian pipi bawah telinga tu akan membengkak keras. sakit... then menyebabkan demam. Suhu badan Iman mencecah 39.5 darjah celcius, tinggi.... dan...dan tu juga doktor bagi ubat demam. Tidur malam memang tak lena.... lebih kurang selang setengah jam bangun, merengek, sebab tempat bengkak tu sakit.... kesian sangat.

Hospital just bekalkan ubat demam je, untuk ubat sapu kat tempat bengkak tu memang tak ada. So doktor cakap, bolehlah cuba cara2 tradisional yang diamalkan orang-orang tua. 

Petua Orang Tua

Nila serbuk + Cuka makan

Zaman aku kecik-kecik dulu mak sapu Nila + cuka makan kat tempat bengkak tu... tapi nila tu dalam bentuk serbuk tu.... sekarang ni manalah nak dapat nila macam tu... so ummi guna yg cecair tu nampak mcm x berkesan sangat. 

Limau nipis + Cuka Makan

Mak ummi cakap petua lain guna limau nipis + kapur makan. nampak ok... bengkak pon surut.... 

Syukur Iman tak kena sampai berminggu-minggu... Kalau tak memang kesianlah dia menahan sakit.  

Adat resam punya anak2 kecil, Allah turunkan sedikit ujian supaya kita lebih menghargai amanahNYA yang telah dianugerahkan pada kita.... semoga kita sentiasa bersabar menghadapi semua ujian dariNYA.




Friday 26 August 2016

RESEPI KIMBAB (SUSHI ROLL)

Penangan cerita korea sekarang ni, meh ummi share dengan korang resepi Kimbab.



Bahan-bahannya

Untuk 5 Rolls
1. 1 1/2 cawan nasi (guna calrose rice jenama sumo)**
2. 5 Keping Seaweed
3. Thusand Island / Mayonis (secukupnya)
4. Bahan-bahan filling (telur dadar, ayam, Timun jepun n sosej)

Bahan untuk menggulung : Bamboo mat (nak guna plastik wrap pon boleh)

CARA MASAK CALROSE RICE


ini rupanya...


**Cara masak calrose rice ni senang je.... kalau beli jenama sumo ni, arahan cara masak dah diberi, tp xpe, meh ummi share cara masak dia.

untuk setiap satu cawan beras, sukatan untuk air adalah 2 cawan. so mcm dlm resepi ni ummi guna 1 1/2 cawan, sukatan air adalah 3 cawan. masak guna rice cooker je, lepas masak tu tutup suis rice cooker tu pastu rehatkan nasi tu selama 10 minit then baru gaulkan dengan cuka + garam.

untuk sukatan cuka pula, 1 cawan beras, 2 sudu penuh cuka makan. tapi ummi x mo masam sangat jadi ummi kurangkan sikit cuka tu.....

**nasi tu gaulkan dengan bancuhan satu sudu besar cuka + sedikit garam.



CARA-CARA MENGGULUNG


1. Mula2 bentangkn seaweed atas bammboo mat. Mcm gmbar kat bawah ni.


2. Ratakan nasi atas seaweed tu. Jangan cover nasi sampai tutup semua permukaan nasi tu, tingalkn 1 inci pada bhgian atas dan bawah.  Senang nak gulung...

3. Susun bahan2 filling td. Ok nak bgtau cara ummi masak ayam tu senang je, ummi masak ngan mintak zaiton pastu ummi letak black pepper.... pastu gaul ngan mayonis or thousand island.
4. Pastu silala gulung dengan cermat. Pastikan padat dan kemas..... huhu

Hasilnya...


hahaha untuk cara2 buat tu, biar gambar berbicara..... sekian... selamat mencuba!!!!


Monday 1 August 2016

Alamak.... Saiz Tak Sama!!

Wahahaha.... baca tajuk pon dah nak tergelak kan... ni bukan entry for 18sx ok.... ini lah dilema setiap ibu-ibu menyusu... problem ni dari 1st baby dah jadi... ingatkan for 2nd baby bolehlah elakkan dari berlaku lagi, rupanya sejarah masih berulang.... jom pakat redha jela....

Walaubagaimanapun, meh kita sesama cuba cara untuk balancekan balik saiz tu... Ummi ada terbaca satu blog ni dia dok share 4 cara yang boleh kita cuba....:

  1. Susukan bayi anda pada payudara yang bersaiz lebih kecil terlebih dahulu
Hisapan dari bayi akan meransang penghasilan susu. Oleh itu, bila bayi hisap pada bahagian yang lebih kecil ni dengan kerap, akan membantu meningkatkan production. Dengan ini, saiz akan dapat dipertingkatkan... huhuhu... yelah, kalau korang perasan (semestinya korang perasan), bahagian yang lebih kecil ni dia punya production kurang sikit dari yang bigger side tu kan... tak caya? huhuhu silalah pam sekarang gi tgk hasilnya. TAPI kan, menurut blog tu, korang bolehlah guna cara ni kalau side yg kecil tu memang kurang productionnya, tapi kalau dah overproduction, jgn buat ee... nanti bengkak susu pulak... xdapat kami nak tolong....

     2. Kerapkan mengepam payudara yang bersaiz lebih kecil

Penerangan kepada point ni sama macam yang no. 1 tu.... sebab function keram pam ni adalah untuk stimulate breast, so akan dapat produce lebih banyak susu. sama jugalah, kalau dah banyak susu buat ni, dikhuatiri anda akan dilanda bengkak susu. Dah...dah ummi malas nak ulang lagi... huhuhu

    3. Berjumpa dengan doktor

Risau juga kan, yelah baby mungkin selesa dengan one side position jer disebabkan oleh masalah kesihatan. contohnya jangkitan kuman kat telinga ke... so dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor. 

    4. perkara ini adalah normal

normal. kenapa? sebab macam ummi bagitau sebelum ni... each side tu kuantiti susu yang dihasilkan tidak sama. so secara logiknya plastik yang berisi 5 kilo beras mestilah lagi kecil berbanding plastik yang berisi 10kilo beras. Melainkan ada tanda-tanda yang mencurigakan, jika itu berlaku segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Tapi untuk pengetahuan korang, masa 1st baby ummi hanya menyusukan Iman dengan one side jer. alhamdulillah cukup untuk keperluan Iman. 

Bagi Ummi the best way adalah cuba cegah perkara ini dari terjadi. Kalau sikit-sikit tu kira oklah, normal je. So dari awal anda perlulah pastikan baby hisap kedua-dua side dengan adil dan saksama. InsyaAllah kalau berbeza saiz pon takdelah obvious sangat.





Thursday 21 July 2016

REVIEW V-COOOL MILK COLLECTION (ala-ala haakaa)

Assalammualaikum...

Lama dah nak review v-coool milk saver ni. Tapi malas sangat kan, so kat draft teperap lama. Sekarang ni gajet terbaru yg terkenal dalam kalangan ibu-ibu menyusu adalah milk collector/saver. Ok yang mula-mula femes tu adalah dari jenama haakaa. 

sumber dari google

rasanya nilah jenama first yang ummi nampak mula-mula perkenalkan silicone breast pump ni.... kemudian barulah keluar dari jenama-jenama lain. since yg haakaa ni imported from new Zealand, so harga dia agak tinggilah berbanding jenama lain around RM60-90. 

Pilihan ummi memang yang lagi murah. huhuhu, ummi beli jenama V-Coool je... masa ni ada offer raya (ummi beli bulan puasa lepas) memang murahlah... so ummi belilah dua sbb harga 2 lagi murah beserta free postage. satu lagi ummi belikan untuk best friend ummi.

ni bentuknya.. lebih kurang je mcm haakaa
cara guna cukup senang... 
1. lekapkan pada miss B
2. picit bahagian bawah pam tu (lembut je material dia)
3. lepaskan, then sangkut ngan nursing bra. 
4. nnt susu akan keluar. sedutan dia sentiasa ada, susu akan menitis2. agak2 rasa sedutan mcm dah longgar sikit, korang picit2 lagi kat bawah tu. kalau susu dah x menitis pon korang picit2 lg bg breast tu stimulate balik.

sangat mudah terutama bila korang bersama baby. boleh tandem. so taklah membazir susu kan. sebab biasanya bila kita susukan baby sebelah, sebelah lagi akan menitis2.... 

Ummi sangat cadangkan kepada suri rumah sepenuh masa, sbb bukan senang nak pam bila baby ada bersama. Nak cuci pon x susah, one piece je. Sebelum ada milk collector ni, waktu cuti ummi guna manual pam avent je... yela ada baby bersama memang rimas berselirat dengan wayar. Basuh pon part tak banyak. Huhuhu tapi milk collector ni lg senang,  

Ok mommies, cukupla review untuk v-coool milk collector ni... next entry kita review benda lain pulak ye.....

Mmuah!!!!


Monday 27 June 2016

ETIKA TERHADAP BAYI

Bila baca kes-kes kanak-kanak and bayi yang meninggal disebabkan "Diphteria", aku jadi sangat risau nak bawa anak-anak aku ke tempat ramai orang. Aku bukanlah golongan yang anti-vaccine dan aku akan ikut jadual cucuk vaksin untuk anak aku. Pilihan pada korangla kan, terpulang nak cucuk atau tak... tanyalah atau menuntutlah pada golongan yang pakar insha-Allah semuanya akan lebih jelas.

Aku x mo sentuh bab anti-vac ke or pro-vac, aku nak cakap tentang etika kita terhadap golongan yang lemah ni (bayi n kanak2) depa ni nak lindung diri sendiri pon xbole... so kita sebagai org yang lebih dewasa sepatutnya kena jaga and tahu tentang etika bila berhadapan dengan depa ni, supaya mereka rasa selamat dan terlindung dari risiko.


Kalau Sakit Jangan Melawat Bayi

Kalau kita perhatikan tahap sensitiviti masyarakat kita tentang bahayanya penyebaran virus apabila kita diserang penyakit terhadap individu lain sangatlah rendah. Berkenaan kes bayi berusia 58 hari yang meninggal dunia disebabkan jiran mereka datang melawat semasa bayi berusia 38 hari bersama dengan anak yang tidak sihat (kalau x silap anak dia kena batuk, selsema). Korang nampak x... aku mmg geram sangat. Dah tau anak sakit, yang gi bawa tgk baby yang sgt "fragile"  dari semua sudut tu kenapa....? Senang citer kalau sakit tu duduk jelah umah, bg anak rehat, xyah terdedah dgn udara luar yg berdebu tu, dengan itu dapat bantu proses anak nak pulih and dalam masa yang sama kita tidak menyebarkan virus kepada orang lain.

Kita, macam mana pula? Adakah pernah buat perkara yang sama?

Ayat sesetengah orang...,

"alah dulu aku pernah je cium anak si polan tu waktu aku selesema, x de apa2 pon.. Orang sekarang ni macam2, semua x boleh, macamlah kita ni berkuman sangat."

aku dengar ayat ni mmg rasa nak jerit je kat empunya sore tu....,

"YE KAK MEMANG AWAK BERKUMAN PON, SBB AWAK KAN TGH SELESEMA X TAKUT KE VIRUS SELESEMA TU KENA KAT BABY TU? HUHU, AKAK PEDULIK APA KAN, SBB BUKAN AKAK YANG AKAN SUSAH KALAU BABY TU DIJANGKITI DENGAN KUMAN AKAK TU.... TAPI SUKA X AKAK BILA JADI PENYEBAB BABY TU SAKIT!!!!!"

Agak-agak akak tu sentap x ngan aku..? hahaha memang aku nak bagi dia sentap pon... so, pleaselah jangan jadi selfish... aku n en. somi pon takan cium anak2 kami kalau masa tu kami selesema atau batuk... tengok..., mak bapak sendiri pon sanggup tahan diri dr cium darah daging dia sebab takut virus berjangkit pada anak. Ko sebagai orang asing xkan x bole kot? Bukan anak ko pon ko nak cium geram bagai.... anak orang kot.

Kalau Pakai Make-Up TOLONG Jangan Gomol Bayi

Lagi satu, since aku ada anak kecik... aku memang xkan pakai sebarang make-up... even bedak compact pon aku xpakai tau, sebabnya.... kulit baby ni sgtlah sensitip... ko xtau chemical apa yang ada dalam barang-barang make-up ko tu, so silala berhati2.. jgn sesuka hati ko cium anak org ngan bibir yg berlipstik tu.... huhu, aku ni anak kecik mmg muka kusam je... sbb mmg xmo pakai apa2... biarlah orang nak cakap apa.... nnt anak dah besar sikit, barulah aku melaram balik.... hahahaha...

Sekian untuk kali ni... entry ni pon aku dok bebel tanpa gambar... sian korang bosan baca... huhu inshaAllah next entry aku post gambar banyak2... huhuhu

Sunday 19 June 2016

KPI Dalam Breastfeeding

Wah tajuk.... KPI gitu... huhu...Entry kali ni bosan sikit sbb x dak gambo... bebel je.... ok sebenarnya aku suka sangat kalau tengok hasil pam yang melimpah ruah, tapi dalam masa yang sama dok risau tntang tempat nak menyimpan lah pulak.. walaupon deep freezer kat umah tu besar, tapi idoklah aku berniat nak penuhkan keseluruhan ruang untuk forzen ebm aku...

KPI - HASIL PAM DI PEJABAT

KPI aku untuk hasil pam senang je.... asalkan aku dapat jumlah yang sama dengan jumlah aidan minum kat umah bbsitter maksudnya aku dah capailah KPI aku. Minggu lepas hasilnya macam drop sikit, tapi xpernah dapat kurang dari 20oz. So aku bersuka ria je.... huhu sbb drop, bkn sbb pose, tapi sbb aku terskip pam masa balik kampung.... lagi satu kalau kat kampung susah betul aku nak disiplin minum air banyak2.. x kiralah di johor atau di perak....

KPI - PAM MASA BERPANTANG

KPI dalam pantang aku pon senang je... pam sekali - 2 kali je sehari... most of the time mestilah bina bonding yang berkualiti dengan baby... Aku x kecam pon pada org yang sanggup x direct feeding (df) anak dia semata-mata nak mengepam, tapi korang kena percaya baby tulah pam yg paling efektif dalam dunia ni.... dahulukan your baby then baru pam.... tapi pilihan kat tangan korang. Aku kalau baby ada ngan aku, mmg aku lebih suka dia df je ngan aku... pam sekali pon dah cukup. sesetengah ibu terlalu obses untuk penuhkan fridge dengan ebm. Hmm... frozen ebm aku x gerak2 pon dari yang dlm pantang tu... so, jgn sia2kan masa u all bersama baby... dua2 baby aku x pernah minum ebm dari botol kalau aku ada dengan depa...

Ok setakat ni dua KPI tu jelah aku nak share... Update blog ni sambil mengepam first session (bulan pose ni first session diawalkan ke 8.30am sbb nak ckpkan 3 session bulan pose balik awal 4.30pm). alhamdulillah hasil pagi ni dah up balik... kat Perak aritu x lupa mengepam, n hasil dari power pumping yang dibuat dua hari sekali minggu lepas.

19oz for fist session.... alhamdulillah 

Sunday 5 June 2016

Mengepam di Bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa pada semua umat islam......

Citer tentang mengepam di bulan ramadhan ni mmg agak mendatangkan kerisauan pada ibu2 bekerja ni.... Tapi dari dulu aku x pernah pikir sgt pon. Bagi aku sama je... malah, masa zaman kakak Iman dulu, masa bulan Ramadhan hasil perahan dapat lebih banyak dr bulan2 lain.

Tips aku senang je....

i) Mindset - Jangan asyik fikir susu akan drop, bahaya tau... sbb kita dah bg signal kat otak kita yg susu kita akan drop, so hasilnya seperti yg anda dah setkan kat kepala tu. Yang penting sekali anda semua kena sentiasa berfikiran positif....

ii) Sahur - Bangun sahur dan makanlah makanan berat. Aku makan sahur mmg penuh berselera mcm aku makan lunch..... nasi (kadang2 sampai bertambah) ni mmg simptom yang aku dapat bila nyusukan anak. masa zaman anak dara n belom dapat anak, bngun minum air masak je.... kadang2 makan sebelum tdo, kononnya sahur awal.... hahaha x sedar jd penyakit,  yela 10 minit sebelum tdo gi makan... patutlah bulan pose pon x kurus2...

iii) Menu - banyakkan makan kurma.... banyak khasiat kurma tu... kalau boleh masa sahur makan 7 biji, masa berbuka pon makan 7 biji. Makanan kenalah seimbang, ada karbo, protein semua... jgn makan benda xde khasiat... banykkan makn sayur dan juga buah.

iv) Air kosong - minumlah air kosong sekurang-kurangnya 2 liter (lebih lagi bagus). cara nak minum terpulang kat korang (jgn minum waktu siang pulak).... ada org share tips mcm kat bawah ni


v) Doa - yang ni paling penting.... berdoalah semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kita dan anak2.... Insha-Allah akan dipermudahkan perjalanan penyusuan untuk anak syurga kita....

Setiap org perjalanan dia x sama. Kalau rasa susu makin drop tu, perbanyakkanlah usaha dan doa, insha-Allah akan dipermudahkan. 

Friday 3 June 2016

BREAST MILK STORAGE BAGS

As salam pada semua reader (mcm banyak sgt readernya kan).

Aidan dah nak masuk 4 bulan dah.... baru nak citer tentang storage bag yang aku guna untuk simpan ebm. Waktu kakak Iman, aku guna storage bag x abispon satu box, sbb aku simpan ebm guna botol je, (stok masa tu x banyak). 

Meh aku share review tentang storage bag yang aku pernah guna.

Autumnz-sumber google
i) Autumnz
Ni first storage bags yg aku guna masa zaman kakak Iman. Material dia agak keras sikit, dulu punya keluaran bukan double ziplock, sekarang dah buat double ziplock, so lebih securela kan... insyaAllah xpenah bocor lagi sepanjang aku pakai ni.... normal price RM14.90 tapi kalo online seller kebanyakkan jual dlm lingkungan RM 11.00 hingga RM 13.00. Tapi ada satu seller ni kadang2 dia jual RM10.00 je.... tapi x selalu adala.... aku baru jer order ngan dia td, elok dah transfer duit bagai, bila bg address je, dia ckp dekat sgt dgn tmpat keje dia, seberang jln je... so cod jelah jadinya.... huhuhu....

ii) Jingle Jungle

sumber google

Storage bags jingle jungle ni mmg best sgt....... aku sgt suka, sbb plastik dia lembut gitu, tapi harga dia mahal sikitla dari autumnz. Aku dapat storage bags ni masa beli set bpump rumble tuff.... dia bagi dlm set tu sekali. huhu, waktu anak kedua baru aku guna...... hebat x? Aku x beli lagi sbb nak jimat, ada option lain yg lebih murah kansss.....

iii) Milk Planet

ni aku beli untuk simpan stok susu, dah tinggal sekotak je ni

yang ni material plastik tu lebih kurang mcm autumnz. oklah, cuma x suka yg 12oz tu plastik dia lebar sikit..... sbb tu bila dah tinggal sekotak tu, aku xde plan nak restock brand ni lagi.... aku beli autumnz je.... harga sama je macam autumnz.

lebar dr autumz (dua2 saiz 12oz) 




Yang 3 ni jelah aku pernah guna.... kalau yang lain tu aku x penah test lagi... sekarang ni aku tgk ramai beli jenama apple tree, sbb design dia cute. Tapi bagi aku yg penting.... HARGA!!!!!! hahahaha. Lagi satu kalau pilih saiz storage bags aku prefer yg 12oz.... sbb biasanya HARGA sama je ngan 7oz.... so value for money.

cute kan... tapi harga mahal sikit... huhuhu




Sunday 15 May 2016

KEBAB DAGING + AYAM (RESEPI)

Assalammualaikum.....

Minggu lepas berjaya bawa bekal ke opis selama seminggu..... Minggu ni nak teruskan lagi kecermelangan itu.. huhu.... siap tulis dlm notebook tanya abah nak bawa bekal apa untuk minggu ni.... 

Ari isnin ummi bgtau abah, nak try buat kebab... bukan kebab pita, tapi kebab org arab... hahaha... td opismate makan sebatang, dia cakap sedap siap tulis resepi lagi... so bolehlah ummi share ngan korang pulak.... mana tau sedap juga bg korang......



tak senonoh snap gambar dalam pan lagi... huhu

RESEPI KEBAB DAGING + AYAM (anggaran 5 cucuk)
by Zuliza Abu

Bahan-Bahan (untuk cucuk) 
  • 200g isi Ayam (isi dipotong dadu)
  • 300g Daging Batang Pinang (potong dadu)
  • 1 Capsicum merah, hijau, kuning (potong dadu)
  • 10 biji Tomato Ceri
  • 1 Bawang Holland / Kuning (dadu juga)

Bahan-bahan (untuk perap)
  • 1 1/2 sb minyak zaitun (ummi guna minyak masak biasa sebab minyak zaitun dah abis)
  • 1 sb jus lemon
  •  1/2 - 1 sk paprika (ummi x bubuh sbb xdak kat umah)
  • 1/2 sk chili flakes (ummi guna chili powder)
  • 1/2 sk serbuk jintan putih (ummi tambah juga serbuk ketumbar sikit)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus ummi tambah juga beberapa biji lada hitam)
  • garam secukup rasa (lebih kurang 1/4 sk)


Cara-cara
  • gaulkan semua bahan perap dengan bahan2 yg hendak dicucuk tu. peraplah lebih kurang sejam (masukkan dalam chiller). pastu bolehla cucuk kat bamboo stick and bakar. (sila basahkan bamboo stick tu sebelum cucuk supaya x hangus sewaktu bakar nnt.)
**Ummi bakar guna non stick pan je..... tapi tutupla ee supaya masak sekata... kalau ada magic pan lg ok.....

Rupa bahan yg dah digaul mesra.... sangat cantik dengan kombinasi warna yg ceria dan pelbagai


Enak dimakan bersama sos black pepper... Ummi buat sendiri je.... 

nyum...nyum.... selamat mencuba!!!!!

Monday 9 May 2016

JADUAL MENGEPAM DI PEJABAT

Dah nak masuk 4 minggu aku kembali bekerja setelah 60 hari cuti bersalin. Kali ni aku share lak bf journey permata kedua aku ee....

Masa zaman Iman, aku mmg struggle sangat.. sbb hasil mengepam mmg x meriah sangat so aku kena mengepam setiap 2 jam sekali.... kadang2 sejam sekali.... huhu sebab nak pastikan bekalan untuk Iman tu cukup. yelah, masa 1st day masuk keje, first session just dapat 1.5oz... boleh bayangkan x mcm mana jiwa raga aku masa tu.... tapi alhamdulillah, berkat kerajinan mengepam, makin lama makin naik hasil tuaian, power pumping 2 hari sekali wajib aku buat... berjaya mengepam di ofis sampai iman 1 tahun 9 bulan..... lepas tu keep direct feeding je sampai Iman 2 tahun 5bulan (stop sbb masa ni dah ngandung 4 bulan, susu pon dah xde)...

Perjalanan kali ni nampak lebih mudah, mungkin sbb dah ada pengalaman kan.... susu keluar sejak dr hari pertama lagi..... (mungkin sbb kali ni bersalin normal.... mungkinlah...). and opkos kita belajar dr kesilapan kan..... 

Hari ke-2 aku dah try pam.. masa ni titisan emas kolostrum kan.... Alhamdulillah dapat nak dekat 2 oz.... syukur sgt2....

Entry kali ni aku nak share ngan korang jadual pam yang aku gunapakai untuk anak ke dua ni... aku guna jadual ni start ari pertama aku kembali bekerja... yg pam masa cuti aku x ikut jadual, sbb aku just pam sekali sehari je... bila2 masa yang dirasakan perlu.... dulu masa iman mmg pulun jugalah mengepam walaupon waktu cuti, sbb stok x cukup... sekarang ni alhamdulillah, ada kualiti time dengan anak2 dan suami....

Ni jadual mengepam aku bila dah naik kerja...

aku buat jadual macam ni senang, sbb siap2 tau bape jumlah stok frozen.... jadual bulan april ni bermula 18 hb sbb tu ari pertama aku naik cuti. yang chiller tu untuk aku bawa ke rumah babysitter, yang lebih aku frozenkan.

Nampak mudah kan kalau kita wat jadual mcm ni, xyah sibuk2 nak bongkaR freezer semata2 nak kira stok... gini je sudah.... kalau x mau beku dok lama tepi freezer... huhuhu....

dalam jadual tu ada juga aku sertakan pukul baper aku mengepam kat opis..... boleh juga dibuat rujukan untuk ibu2 yang bakal habis cuti bersalin tu..... dalam bf journey ni apa yg penting sekali, jaga jadual pam anda and jgn stress2 eee......

Happy pumping mommies!!!!!!!!!

Sunday 8 May 2016

HOMEMADE KEROPOK LEKOR (RESEPI)

Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu ke-4 dah aku masuk keje..... syukur.... 

Aidan mmg x banyak ragam, alhamdulillah dia sgt behave je kat umah kak Yong.... yang bnyk ragam sikit si kakak je.... yelah manja kan.... tapi masih boleh dikawal... 

entry kali ni aku nak share resepi nak buat kopok lekor yg sgtlah simple. guna x sampai 5 bahan pon.... aku jamin rasanya sgt sedap n fresh (sbb buat sendiri kan opkoslah fresh gitu...)

RESEPI KEROPOK LEKOR
by: Zuliza Abu

Bahan-bahan (untuk 4 orang makan, tapi aku biasanya makan berdua je)
  • 5-6 ekor ikan sardin / selayang - asingkan isi and blend (JANGAN rebus ye, asingkan isi mentah2 ok)
  • 1 1/2 cawan tepung ubi 
  • 2 sudu tepung gandum
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  • campurkan semua bahan and uli hingga sebati (guna tangan je) tekstur dia mmg melekit2 ye.... 
  • Bila dah gaul sebati tu, bentukkanla adunan td menjadi panjang2 gitu, nak bulat2 pon boleh, masa nak bentukkan ni gunakan tepung gandum supaya x melekat2 kat tangan n tempat pencanai tu..... 
  • dah siap bentuk panjang2 tu, bolehlah direbus dgn air mendidih (rebus air siap2 sebelum proses membentuk keropok tu), bila keropok tu timbul tandanya dah masak, korang boleh angkat dan toskan.
  • Boleh dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu.
**Resepi sos x ngaji lagi... nnt kalau dah jumpa resepi yang sedap kita share ee...

rupa baru keluar dari periuk.... berasap lagi ni....

Ni rupa keropok lekor aku yang dah siap digoreng.... tinggal nak ngap je....


Friday 6 May 2016

Pengalaman Bersalin 2nd Baby - part 2

sambuangan dari part 1...

Lepas masuk belon tu aku mmg x tenang nak dok semua, solat pon dalam keadaan sakit n darah sentiasa keluar... lama la juga... lebih kurang 12 jam lepas tu (dalam pukul 9 malam), pop.... air ketuban aku pon keluar, tapi, tiub tu still x jatuh lagi.... cek bukaan VE, ops dah 4cm, tiub tu tersangkut... doktor suh tolak aku masuk labor room... nervous, tp happy sbb ada chance nak melahirkan secara normal..... teringat kata2 nasihat dr kawan suh baca doa nabi yunus banyak2.... kol en somi, nurse cakap xyah rush sgt, sbb estimate jalan buka 1 cm 1 jam, so ada lebih kurang 5-6 jam gitu.... aku pesan kat en somi suh makan siap2.... nnt lapor...

kat labor room depa masukkan ubat untuk uk..uk... (berak), mmg xlama lepas tu aku ke toilet, yang kelakarnya aku takut nak meneran, riso baby keluar kat toilet... (sungguh terasa aku ni blur2 je waktu tu).... masuk balik depa pasangkan ctg semua, and aku pon menikmati sakit kontraksi dgn penuh perasaan..... (xdpt nak digambarkan), en somi sampai x lama lepas tu....

yang aku perasan sangat masa kat labor room tu, dengar sore dr labor room 7 je mengerang2 sakit (bilik akulah tu), bilik lain senyap je, dengar2 sore org bersorak utk bg semangt pada ibu yg nak bersalin then sore baby nangis, sore ibu tu x dengar pon..... hmm, aku..... kalo ingat2 balik mmg malu sgt....

agaknya bila dengar aku ni bising kan, mcm xtahan sangat sakit tu, nurse dok offer gas, ok, masa ni aku tolak, ceh... jual mahal konon.... lepas sejam nurse offer epidural, aku tolak juga.... mmg sombonglah aku masa tu..... huhu, last2 bila dah lama tu aku sapu semua.... epi aku amik.... gas pon aku sedut... huhu, tapi aku sedut gas sampai ke sudah x betul pon....

dlm pukul 1 lebih tu aku pnya contraction kuat sangt, then mmg aku rasa nak meneran sgt masa ni. tp nurse x bg, dia cakap kalo belum buka penuh nnt bawah tu bengkak, tapi aku mmg dah x tahan aku teran je... rupa2nya bukaan mmg dah penuh, so masa ni depa dok sorak bg semangt suh aku berusaha teran tranpa menjerit. tapi aku jerit juga..... huhuhu... akhirnya setelah lebih kurang 4x aku push, push..... keluarlah anak bujangku seketul gitu. alhamdulillah.......

dengan panjang 49cm n berat 3.31kg, suamiku menamakan anak kedua kami dengan nama Muhammad Aidan Hafid Bin Mohd Na'im.

fresh from oven

Ni gambar terbaru masa tarik buaian 1 may aritu dah nak dekat 6kg sekarang ni...

abang sado ummi..... 


Alhamdulillah... Allah bagi peluang pada hambanya ini untuk merasai sakit bersalin secara normal kali ini..... next entry aku share lak perbezaan bersalin secara normal dan pembedahan....

Terima kasih yang teramat sangat kepada en. somi sebab sepanjang tempoh nak melahirkan tu dia sentiasa berada disisi..... i love you sayang..... mmmuahhhh!!!



Pengalaman Bersalin 2nd Baby - part 1

Assalammualaikum semua.... Lama dah jariku x menari di blog ni... Arini nak citer pengalaman bersalin kali kedua, Alhamdulillah buah hati kedua kami tu dah pon berusia 80 hari..... (2 bulan ++)...
Ummi pon dah start keje 3 minggu..... 

Bersalinkan kakak Iman ngan baby kali ni mmg sgt berbeza. Masa kakak ummi x rasa langsung contraction, braxton hicks pon non ado... lepas di induce 3 kali pon xdop rasa sakit langsung n opkoslah jalan pon x buka kan, at the end ummi ditolak ke OT (c-sec). Redha n pasrah, asalkan selamat semuanya... alhamdulillah selamat n kakak pon membesar bagaikan juara sekarang ni, agak tinggi, cantik mcm ummi (hahaha, nak muntah silakan, saper lagi nak puji ummi kan, diri sendirila) dan cerdik. arini umur kakak dah 3 tahun 6 hari..... syukur... belanja sikit gambar kakak masa sambut brthday 1 may aritu....

Tak sabar nak tengok hadiah...

pengalaman kali ni, ummi dah start rasa braxton hicks dr usia kandungan 38 minggu..... tapi x selalula.... kadang2 je.... hati rasa seronok (walaupon ada sikit nebes) yela, harap sgt yg kali ni dapat bersalin secara normal, nak rasa sakit bersalin tu. Jadi selalulah merujuk kepada mereka2 yg dah pernah melahirkan anak secara normal... mmg ramailah sifunya. hahaha, yang satu sifu ni opismate, dia cakap naik tangga selalu, insyaAllah senang bersalin nnt. Ditakdirkan, masa cuti raya cina tu lif kat umah aku tu rosak, seminggu lebih ada, due pon dah nak dekat masa tu, hari2 dok memanjat tangga ke tingkat 5. (fuhh nasib baik x dok tingkat 10, kalo x terberanak terus kat situ...). cantik kan aturan Allah tu, dapatlah aku exercise, kalo x jgn harap aku nak panjat tangga tu kalau lift ok.

Aku kena serah diri warded pada 16 febuari, pagi tu dalam pukul 5am aku terbangun sbb rasa macam melekit2 kat bawah tu.... sekali aku tgk2 kuar darah..... ok... aku dah panik sebenarnya... tapi cuba tarik nafas dalam2 n tenangkan hati. lepas tu gi kat bilik gerak en. somi, bgtau dah ada tanda turun. en. somi tanya nak kena buat apa? aku cakap kena gi hospital kot... rasanya tulah nurse kat klinik bagitau.... huhuhu, en somi ni on pc then google.... dia pon ajak gi hospital.... (google sumber rujukan).

mandi, siapkan kakak Iman, sesi pujuk memujuk n bagi penjelasan pada kakak setelah kakak paham barulah boleh siapkan dia. Alhamdulillah senang nak bagi dia paham. lepas anta kakak ke rumah kak yong (babysitter) kami terus gi PPUKM.

Sampai je, lama juga la aku buat CTG tu... baby aku ni tido je kejenya, ai dik, kamu ni x mo kuar ke?. Sebelum tu kol mak, mak cakap kalau kuar tanda darah tu lama lagi. nurse kat kaunter td pon ckp mcm tu... oklah since aku pon kena warded arini kan so xpelah kalo xbersalin lagi waktu tu, terus je masuk wad. lebih kurang sejam lebih buat CTG tu, doktor pon masuk nak cek VE. ok sah, jalan x buka lagi, doktor suh balik, tapi aku cakap mmg septtnya aku kena warded  arini, then doktor pon terus suh masuk wad.

Masa last checkup kat PPUKM doktor dah bgtau, kalau ada tanda kuar, depa akan masukkan belon dalam miss V untuk membantu cepatkan bukaan rahim. so sebaik masuk ward, dalam pukul 9am doktor masukkanlah tiub belon tu. Doktor cakap kalau tiub tu jatuh maksudnya jalan dah buka n boleh ditolak ke labor room.... mmg xselesa pakai tiub tu.... since darah aku pon x berhenti keluar so mmg xselesa nak buat apa2.... tambah lagi contraction terjadi setiap selang 5 minit.... mmg sakit sangat. (first experience rasa sakit contraction). 

**lupa nak citer, dr pagi sebelum doktor masukkan belon tu aku telah ditemuramah oleh student medik kat situ, hmm mmg lama, aku layankan je semuanya sbb untuk tujuan pembelajaran mereka, tapi lepas masuk belon tu serius aku x tahan sakit tu, so aku boleh jawab sikit-sikit je... sorry ye dik, kalau boleh mmg akk nak bantu...

bersambung part 2 nanti ee