Wednesday 21 November 2012

Blood Sugar Profile (BSP)

 Blood Sugar Profile (BSP)

Awal2 pagi kami dah keluar rumah... (kesian kat suami terpaksa ambik cuti lagi). sampai jer terus ambik no, hmm.. x ingatlah pulak dpt no baper... tapi yang penting aku tunggu jelah nama aku dipanggil.

sebaik nama aku dipanggil aku masuk la ke bilik ambik darah tu... sempat menjeling keputusan ujian air gula ari tue...

sebelum minum bacaan = 3.6 mmol
selepas 2 jam minum = 8.6 mmol -wah tinggi juga... =(

ok, proses mencucuk jari dah mula first bacaan (tanpa sarapan) 8.30am - 4.5 mmol
2nd bacaan (selepas minum air suam n roti telur) 10.30am - 6.6 mmol
3rd bacaan (aku n suami sempat pergi tgk wayang sebelum tunggu nak amik darah kali ketiga ni tgk cerita Twilight Saga - Breaking Darn Part 2, aku just minum mineral water jer sebab kenyang lagi) 2.00pm - 4.6 mmol
4th bacaan (makan nasi ngan ayam goreng pada pukul 3.00pm) 9.00pm - 4.5mmol

okies... naper yang bacaan ke-4 tu diambil pukul 9.00 mlm, sbbnya jam rumah aku abis bateri, n kami terlelap.. tiba2 klinik kol, tapi 1st kol tu kami x sempat jawab, aku lagilah, x sedar langsung bunyi phone. suami gerak aku, bagitau klinik ada kol, aku pelik juga baru 6.15pm naper klinik kol pulak kan, tapi bila aku tgk jam kat handphone aku rupanya dah pukul 8.23pm.. ok.. sekali lagi nurse tu kol, and aku angkat n say sorry kat dia, nasib baik nurse2 kat klinik ni semuanya mesra so dia mmg ckp elok2 jelah.. (takut juga kena herdik kan..). aku mmg sgt2 rasa bersalah, tapi masa aku datang nurse tue senyum manis jer, alhamdulillah... semoga Allah membalas budi baik anda... =).

Ok berbalik kepada keputusan bacaan tu, buat masa ni aku xperlu disuntik insulin lagi.... harapnya berkekalan la sebab setiap 2 minggu sekali proses BSP ni akan dilakukan lagi. Semoga Allah memudahkan urusan kami... amin...

Tuesday 20 November 2012

GDM - Gestational Diabeted Mellitus

Argh... tidak aku ada

GDM - Gestational diabetes mellitus

Setelah debaran menunggu pada aku dapat panggilan daripada Klinik. Hmm... mmg sgt2 lah xsedap berita yang aku dengar ni, nurse tu bagitau aku ada GDM iaitu Kencing manis ketika hamil, so dia minta aku datang esok untuk buat BSP (Blood Sugar Profile). 

Aku diberitahu untuk buat BSP, aku kena datang 4 kali ke klinik untuk ambik darah (8.00am, 10.00am, 2.00pm, 8.00pm) - Gulp... ambik darah... 4 kali... pitam kejap dengar tue.. pastu nurse tu ckp, kat ujung jari jer puan... ok, ckplah awal2... yg tu xder hal lah.... 

lepas tu aku teruslah menggoogle berkenaan BSP ni, oo, rupanya untuk tgk bacaan gula dalam darah kita then dari situ dia boleh decide la samada kita perlu ambil suntikan insulin ataupun tidak...

esok kita tgk apa keputusannya... and of course la aku segera mengisi borang cuti.. maklumlah first time kan... 
 





Friday 16 November 2012

MGTT - Meal Glucose Tolerance Test a.k.a Minum Air Gula

Minum Air Gula (MGTT

Entry kali ni aku nak cerita sikit pengalaman aku masa pergi minum air gula untuk MGTT (Meal Glucose Tolerance Test)

aku n suami sampai klinik lebih kurang pukul 7.50am. dapatlah no 1008. tunggu.....

8.15am - nama aku dipanggil, 1st nurse ni amik darah aku (darah masa berpuasa dr 10pm semalam). lepas tue dia suruh aku minum air gula yang tersedia - hmm, nampak x menarik langsung, dah lah secawan penuh... pastu xder apa2 perisa pulak tue... aku telan jelah, adalah rasa nak muntah, tapi nasib baik x keluar (kalo x kena buat appointment lainla jawabnay).
**nurse kali ni pandai sgt ambik darah... 5 ***** bintang aku bagi.... =).. xrasa sakit langsung. 

selepas minum air gula kita akan diminta tunggu selama 2 jam, selepas itu darah kita akan diambil lagi untuk bacaan selepas minum air gula tue... 

Klinik Kesihatan Ibu & Anak ni x der makmal, so aku x boleh nak dapat result tu segera... tunggu sambil berdoa jela kan... 

Thursday 1 November 2012

Kurangkan Rasa Loya

Kurangkan Rasa Loya

Mula2 dgr en suami ckp dia ada terbaca kat satu blog ni yang bagi tips kalau nak kurangkan rasa loya dan nak muntah - makan cracker. Disebabkan suami aku pun x berapa pasti cracker jenis apa, so kami decidelah makan cream cracker jenama Hup Seng ni, sbb utamanya kami mmg suka pun makan biskut ni.



mula2 mcm x confident pun makan biskut ni boleh kurangkan rasa loya tue, tapi bila aku dah cuba, mula lah rasa perbezaannya... oklah juga. lepas makan tu kita still ada rasa nak muntah tu, tapi kuranglah sikit. suami aku ckp dr apa yg dia baca dr blog tu katanya cracker ni dapat menyerap asid dalam perut.. aku pun x pastilah sbb kureng sikit bab2 sains ni, aku ikut jelah. 

**bila cari2 balik, rupanya dia pakai cream cracker jenama jacobs..


 hehe.. so lepas ni boleh lah beli.. nak tau petua lain ada lagi dalam blog ni - http://mylifesstoryblog.blogspot.com/2012/04/petua-hilangkan-loya-ketika-hamil.html



Gambar Pertama

Gambar Pertama

Entry sebelum ni aku ada cerita tentang doktor klinik kerajaan suruh aku scan perut aku sbb dia x dpt rasa apa2 kat perut aku.. oklah sebaik je keluar dr klinik ibu dan anak tu aku dan suami aku pun pergi mencari klinik swasta yang ada buat scan ni. kami decide cari klinik yg berhampiran dgn kwsn rumah kami jer, maklumlah dah penat masa ni, tambah lagi dpt berita x best dr doktor tu kan. tanya 2 klinik, satu tu dr dia melayu, tapi pukul 6.00pm baru msuk klinik, sekarang baru pukul 11.00am, lambat lagi. Pergi klinik sebelah Doktor dia india, pukul 12.00pm baru masuk klinik. so kami decide balik umah n makan dulu pastu pergi klinik melayu tue pukul 6.00pm.

Dalam pukul 6.35pm, kami tiba kat klinik tu... hmm aku sakit perut, takut... mana tahu kot2 perut aku mmg x der apa2... hmm.. x dpt terima kot... Klinik tu x ramai org, so mmg xlamala tunggu, bila nama aku dipanggil jer, aku dan suami aku pun masuklah, Doktor suruh aku baring kat katil. dup...dap...dup... sesak rasa dada ni.. 

Agak segan nak angkat baju tunjuk perut ni, sbb doktor tu lelaki, tapi aku buang rasa malu tu jauh2.. lagipun suami aku ada kan... apa yang paling penting kami nak tgk anak kami... sebaik scanner tu kena kat perut aku terasalah geli sbb jelly kena kat kulit perut kan... then satu figura yang aku nak sgt tgk muncul.... Ya Allah, aku tahan je air mata ni dari keluar... keciknya dia.... alhamdulillah... 

Tengah tekun dgr doktor cerita tentang fizikal dia, tiba2 dia gerakkan tangan dia... Kami mmg excited sgt tgk dia bergerak. ooh.. dah pandai nak lambai2 umi n abah ee... 

keluar je dari klinik tue rasa x berhenti senyum... 

**Doktor klinik kerajaan tu suka2 jer ckp period aku x betul... alhamdulillah.. semoga anak aku sihat dalam ni sehingga saat melahirkan nanti... =)