Wednesday 21 November 2012

Blood Sugar Profile (BSP)

 Blood Sugar Profile (BSP)

Awal2 pagi kami dah keluar rumah... (kesian kat suami terpaksa ambik cuti lagi). sampai jer terus ambik no, hmm.. x ingatlah pulak dpt no baper... tapi yang penting aku tunggu jelah nama aku dipanggil.

sebaik nama aku dipanggil aku masuk la ke bilik ambik darah tu... sempat menjeling keputusan ujian air gula ari tue...

sebelum minum bacaan = 3.6 mmol
selepas 2 jam minum = 8.6 mmol -wah tinggi juga... =(

ok, proses mencucuk jari dah mula first bacaan (tanpa sarapan) 8.30am - 4.5 mmol
2nd bacaan (selepas minum air suam n roti telur) 10.30am - 6.6 mmol
3rd bacaan (aku n suami sempat pergi tgk wayang sebelum tunggu nak amik darah kali ketiga ni tgk cerita Twilight Saga - Breaking Darn Part 2, aku just minum mineral water jer sebab kenyang lagi) 2.00pm - 4.6 mmol
4th bacaan (makan nasi ngan ayam goreng pada pukul 3.00pm) 9.00pm - 4.5mmol

okies... naper yang bacaan ke-4 tu diambil pukul 9.00 mlm, sbbnya jam rumah aku abis bateri, n kami terlelap.. tiba2 klinik kol, tapi 1st kol tu kami x sempat jawab, aku lagilah, x sedar langsung bunyi phone. suami gerak aku, bagitau klinik ada kol, aku pelik juga baru 6.15pm naper klinik kol pulak kan, tapi bila aku tgk jam kat handphone aku rupanya dah pukul 8.23pm.. ok.. sekali lagi nurse tu kol, and aku angkat n say sorry kat dia, nasib baik nurse2 kat klinik ni semuanya mesra so dia mmg ckp elok2 jelah.. (takut juga kena herdik kan..). aku mmg sgt2 rasa bersalah, tapi masa aku datang nurse tue senyum manis jer, alhamdulillah... semoga Allah membalas budi baik anda... =).

Ok berbalik kepada keputusan bacaan tu, buat masa ni aku xperlu disuntik insulin lagi.... harapnya berkekalan la sebab setiap 2 minggu sekali proses BSP ni akan dilakukan lagi. Semoga Allah memudahkan urusan kami... amin...

Tuesday 20 November 2012

GDM - Gestational Diabeted Mellitus

Argh... tidak aku ada

GDM - Gestational diabetes mellitus

Setelah debaran menunggu pada aku dapat panggilan daripada Klinik. Hmm... mmg sgt2 lah xsedap berita yang aku dengar ni, nurse tu bagitau aku ada GDM iaitu Kencing manis ketika hamil, so dia minta aku datang esok untuk buat BSP (Blood Sugar Profile). 

Aku diberitahu untuk buat BSP, aku kena datang 4 kali ke klinik untuk ambik darah (8.00am, 10.00am, 2.00pm, 8.00pm) - Gulp... ambik darah... 4 kali... pitam kejap dengar tue.. pastu nurse tu ckp, kat ujung jari jer puan... ok, ckplah awal2... yg tu xder hal lah.... 

lepas tu aku teruslah menggoogle berkenaan BSP ni, oo, rupanya untuk tgk bacaan gula dalam darah kita then dari situ dia boleh decide la samada kita perlu ambil suntikan insulin ataupun tidak...

esok kita tgk apa keputusannya... and of course la aku segera mengisi borang cuti.. maklumlah first time kan... 
 





Friday 16 November 2012

MGTT - Meal Glucose Tolerance Test a.k.a Minum Air Gula

Minum Air Gula (MGTT

Entry kali ni aku nak cerita sikit pengalaman aku masa pergi minum air gula untuk MGTT (Meal Glucose Tolerance Test)

aku n suami sampai klinik lebih kurang pukul 7.50am. dapatlah no 1008. tunggu.....

8.15am - nama aku dipanggil, 1st nurse ni amik darah aku (darah masa berpuasa dr 10pm semalam). lepas tue dia suruh aku minum air gula yang tersedia - hmm, nampak x menarik langsung, dah lah secawan penuh... pastu xder apa2 perisa pulak tue... aku telan jelah, adalah rasa nak muntah, tapi nasib baik x keluar (kalo x kena buat appointment lainla jawabnay).
**nurse kali ni pandai sgt ambik darah... 5 ***** bintang aku bagi.... =).. xrasa sakit langsung. 

selepas minum air gula kita akan diminta tunggu selama 2 jam, selepas itu darah kita akan diambil lagi untuk bacaan selepas minum air gula tue... 

Klinik Kesihatan Ibu & Anak ni x der makmal, so aku x boleh nak dapat result tu segera... tunggu sambil berdoa jela kan... 

Thursday 1 November 2012

Kurangkan Rasa Loya

Kurangkan Rasa Loya

Mula2 dgr en suami ckp dia ada terbaca kat satu blog ni yang bagi tips kalau nak kurangkan rasa loya dan nak muntah - makan cracker. Disebabkan suami aku pun x berapa pasti cracker jenis apa, so kami decidelah makan cream cracker jenama Hup Seng ni, sbb utamanya kami mmg suka pun makan biskut ni.



mula2 mcm x confident pun makan biskut ni boleh kurangkan rasa loya tue, tapi bila aku dah cuba, mula lah rasa perbezaannya... oklah juga. lepas makan tu kita still ada rasa nak muntah tu, tapi kuranglah sikit. suami aku ckp dr apa yg dia baca dr blog tu katanya cracker ni dapat menyerap asid dalam perut.. aku pun x pastilah sbb kureng sikit bab2 sains ni, aku ikut jelah. 

**bila cari2 balik, rupanya dia pakai cream cracker jenama jacobs..


 hehe.. so lepas ni boleh lah beli.. nak tau petua lain ada lagi dalam blog ni - http://mylifesstoryblog.blogspot.com/2012/04/petua-hilangkan-loya-ketika-hamil.html



Gambar Pertama

Gambar Pertama

Entry sebelum ni aku ada cerita tentang doktor klinik kerajaan suruh aku scan perut aku sbb dia x dpt rasa apa2 kat perut aku.. oklah sebaik je keluar dr klinik ibu dan anak tu aku dan suami aku pun pergi mencari klinik swasta yang ada buat scan ni. kami decide cari klinik yg berhampiran dgn kwsn rumah kami jer, maklumlah dah penat masa ni, tambah lagi dpt berita x best dr doktor tu kan. tanya 2 klinik, satu tu dr dia melayu, tapi pukul 6.00pm baru msuk klinik, sekarang baru pukul 11.00am, lambat lagi. Pergi klinik sebelah Doktor dia india, pukul 12.00pm baru masuk klinik. so kami decide balik umah n makan dulu pastu pergi klinik melayu tue pukul 6.00pm.

Dalam pukul 6.35pm, kami tiba kat klinik tu... hmm aku sakit perut, takut... mana tahu kot2 perut aku mmg x der apa2... hmm.. x dpt terima kot... Klinik tu x ramai org, so mmg xlamala tunggu, bila nama aku dipanggil jer, aku dan suami aku pun masuklah, Doktor suruh aku baring kat katil. dup...dap...dup... sesak rasa dada ni.. 

Agak segan nak angkat baju tunjuk perut ni, sbb doktor tu lelaki, tapi aku buang rasa malu tu jauh2.. lagipun suami aku ada kan... apa yang paling penting kami nak tgk anak kami... sebaik scanner tu kena kat perut aku terasalah geli sbb jelly kena kat kulit perut kan... then satu figura yang aku nak sgt tgk muncul.... Ya Allah, aku tahan je air mata ni dari keluar... keciknya dia.... alhamdulillah... 

Tengah tekun dgr doktor cerita tentang fizikal dia, tiba2 dia gerakkan tangan dia... Kami mmg excited sgt tgk dia bergerak. ooh.. dah pandai nak lambai2 umi n abah ee... 

keluar je dari klinik tue rasa x berhenti senyum... 

**Doktor klinik kerajaan tu suka2 jer ckp period aku x betul... alhamdulillah.. semoga anak aku sihat dalam ni sehingga saat melahirkan nanti... =)

Tuesday 30 October 2012

Buku Pink (Rekod Kesihatan Ibu)

Buku Pink

29 Oktober 2012 - Aku dan suami ambil cuti ari ni, sbb nak uruskan penerbitan Buku Pink untuk kandungan aku. bergerak dari rumah seawal 6.45am, (sbb takut x dpt jumpa Klinik Kesihatan Cheras Baru). tanya2 org, akhirnya kami jumpa Klinik Ibu dan Anak Cheras Baru. lebih kurang pukul 7.15am. Kena beratur nak ambil nombor dapatlah no 1003. nurse bagi aku buku pink n beberapa borang untuk diisi. setelah siap isi semua tue aku serahkan kepada nurse n tunggu sehingga nama aku dipanggil. tunggu dalam 40 minit, nama aku dipanggil. 

1st nurse tu interview aku antara soalannya; 1st time ker? Pernah gugur x? Sejarah kesihatan keluarga, n apa lagi ntah aku lupa... ohh adalah juga dia explain tentang prosedur yang perlu dilakukan untuk 1st time check up ni. yang paling aku suka nurse ni awal2 lagi dah minta maaf kat aku n jelaskan bahawa akan mengambil masa yang lama sikit. aku ckp xpe, sbb sblm pergi tue aku dah bnyak baca blog2 n tanya akak n adik aku, mmg tau akan ambil masa lama. Nurse tue senyum dgr aku ckp macm tu, dia ckp sblm ni dia dah bnyak kali kena marah dgn orang sbb depa x sabar menunggu. Nasihat aku pada mana2 yang x sabar tu, pergilah buat buku kat swasta ok!! ni dahlah free pastu x reti bersabar pulak... tapi mmg aku sukalah dgn nurse ni, bagi aku baik n sgt ramah... aku bagi 4 bintang ****. 

lepas dia interview aku nurse tu suruh aku naik atas penimbang n ambil berat aku... hmm... boleh tahan berat aku ni... (lepas bersalin aku diet.. hehehe). pastu check tekanan darah. ambil air kencing, and ambil darah (bab ni mmg aku takut). walaupun takut nak ambil darah tapi aku buat muka selamba je, hmm bahagian ni aku bg nurse tu 2bintang ** jer, sbb dia cucuk aku smpai 2 kali. Dia ckp urat aku jenis x timbul n susah nak ambil darah. ok, aku penah jer ambil darah masa kat Klinik Kesihatan Kelana Jaya, nurse kat sana cucuk aku sekali jer ok, tapi mmg urat aku x timbul pun, tapi nurse kat KJ tu tepuk2 tangan aku sampai dia nmpak urat tu then baru dia cucuk. Nurse ni pula dah tau urat aku x timbul dia terus jer cucuk, oh... nasib baik jarum tu halus. xpelah, dia minta maaf banyak kali, so aku senyum dgn ikhlas n cakap xpelah nnt aku angkat botol air banyak kali biar kasi urat aku ni timbul.... ohh.. ada satu lagi yang aku kena buat kat bilik first ni iaitu buat ujian HIV. nurse tu bgtau aku sblm ni ujian HIV tidak dilakukan kepada semua ibu mengandung hanya untuk certain kes jer, tapi sekarang ni mereka telah diarahkan untuk melakukan ujian HIV ni pada semua ibu mengandung. aku setuju jer demi masa depan aku dan bakal anak yg lahir ni. keputusan Ujian HIV adalah non-reactive...=).

Lepas tu aku masuk bilik lain pula, kali ni nak buat pemeriksaan payudara, sempat menjeling kat suami yang sabar menunggu kat kerusi (kesian dia, nampak mcm ngantuk jer mungkin bosan kot). lama lah juga nak tunggu nurse tu check aku, selesai je check payudara, nurse tu rasa perut aku, dia tanya aku rasa x baby gerak, aku ckplah xder langsung, nurse tue ckp mngkin sbb baru lagi kot. aku angguk jelah. Pastu nurse tu suruh aku letak buku pink aku tue kat depan bilik no 2. ooh.. bilik dr pulak. oh lupa pulak nak bagi bintang, nurse kali ni pon baik aku bagi 4 bintang ****.

Sementara tunggu no aku dipanggil, aku duduk sebelah suami, borak lebih kurang pastu no aku dipanggil. masuk jer bilik, aku rasa mcm dr ni x mesra langsung. suruh aku baring kat katil pon mcm x ikhlas jer. pastu tanya soalan pon mcm laju2... Dr India perempuan, ada beberapa soalan yg aku kena ulang balik sbb dia guna bahasa melayu yg aku x berapa nak paham. pastu dia bangun check perut aku, pegang sikit2 jer pastu dia duduk balik. 

pastu dia tanya aku "you punya period mmg tiap2 bulan ke?" 
aku jawablah "ye.. mmg tiap2 bulan"
"i x dpt rasa apa2 kat perut u, sepatutnya ada mcm bukit sikit, tapi perut u biasa jer. masa kat klinik swasta tu u scan x?"
Gulp!!! oh... sentap kot aku dgr dia ckp mcm tu, "xbuat scan just urine test jer" sedih kot aku masa ni...
dengan muka ketat dia tu dia ckp "better u pergi scan, i takut period u jer yg x betul ni" lebih kuranglah ayat dia mcm tue.... pastu dia bg aku buku pink kat aku lpas tulis kat buku tue...
dengan langkah longlai aku pun pergi balik bilik sebelum ni untuk bagi buku tu pada nurse sebelum ni, ok disebabkan mak aku ada kencing manis so aku kenalah minum air gula, next appointment untuk check up pada 26/11/2012, appointment untuk minum air gula pula pada 16/11/2012.

Keluar je dari bilik nurse tue aku bgtaulah suami aku apa yg dr ckp, muka suami terus berubah (nampaklah dia risau). So kami decide untuk terus cari klinik swasta yang ada buat scan. kami keluar dari Klinik Ibu n Anak tu lebih kurang pukul 10.30am. bagi aku x lah lama sgt, mgkin sbb ini klinik untuk ibu n anak jer x cmpurkan... so cepat jela.

next entry aku bgtau tentang scan tue.... 


Tentang Kami


 Tentang Kami

Setelah hampir tujuh tahun aku dan suami bercinta, kami akhirnya disatukan dengan ikatan sah sebagai suami isteri pada 26 May 2012. Majlis diadakan dalam suasana yang sangat sederhana (al-maklumlah masa ni aku n suami baru jer bekerja -x sampai setahun pun). Kata orang kalau dah lama sgt bercinta ni kita akan rasa bosan dengan pasangan kita, tapi bg aku, aku xpernah sikitpun rasa bosan bila bersama dengan suami aku. tambahan lagi feeling masa bercinta n dah kawin ni berbeza sangat. Kalau x percaya korang kawinlah... hehee.. =).
alhamdulillah... dah jd isteri dia...


Wednesday 5 September 2012

I'm Pregnant!!

I'm Pregnant!!

Mula-mula aku dpt tahu aku pregnant bila saja2 buat urine test kat rumah, masa tu period aku dah lewat dlm seminggu, almaklumla aku rasa jeles dgr ada kwn2 yg kawin sama wktu ngan aku dah pregnant.

Walaupun hakikatnya aku sedar perkahwinan aku masih lagi baru. pada hari ahad (2/9/2012) aku melakukan urine test sendiri, and... positif. masa tu mmg happy sgt, tp still x berani nak bgtau family sbb takut ada kesilapan. so aku nekad esoknya untuk pergi klinik bagi mendapatkan pengesahan.

positif!!!!


3 September 2012 - keluar rumah seawal 7am. kononya nak pergi ke klinik kesihatan terdekat untuk mendapatkan pengesahan mengandung. mula2 kami ke Hospital Ampang (maklumlah first time, mmg x tau prosedur langsung), org kat kaunter nombor tu ckp kena pergi klinik kesihatan.

then kami pun bergerak ke Klinik Kesihatan Ampang-Nurse tu tanya awak duduk mana?, bila kami cakap - pandan perdana, terus nurse bagitau aku kena pergi ke cheras baru. frust kot...

sbb penat dah masa ni.keluar je dr klinik, terus call akak, tanya nak kena pergi mana untuk buat test pregnant tue... akak ckp kena pergi klinik swasta dulu untuk confirmkan pregnant. laa.... punyalah menyesal sbb x nak tnya akak awal2..

lastly kami menuju ke Klinik swasta yg terdekat dgn rumah kami, setelah urine test dilakukan, alhamdulillah aku sememangnya positif mengandung 4 minggu... =). Doktor nasihatkan aku buat buku pink tu selepas 2 minggu, tapi aku xikut pun, sbb mak ckp pergi buat buku tu masa kandungan dah 3 bulan ke atas... so aku patuh ckp mak.... =).

**akibat kepenatan pada hari itu aku dan suami mengambil keputusan untuk ambil cuti je... hehee