Thursday 5 February 2015

Ibu Menyusu Tak Datang Haid Normal Ke?

Jawapannya Normal..... Tapi biasalah, kita akan rasa risau kan. aku sendiri setelah iman berusia 21 bulan baru aku period. Itupun pada hari yang sama aku stop mengepam (entry sebelum ni). Hubby pon dah banyak kali dok suh gi cek ngan doktor... tapi aku selalu yakinkan dia bahawa perkara tu adalah normal terutamanya kepada ibu yg menyusukan bayi mereka secara esklusif.

Antara faktor-faktor yang boleh pengaruhi adalah;

  • Kekerapan anak menyusu secara terus dari payudara - Iman sgt kerap mnyusu kalo berada di rumah. dia xkan lepaskan aku sewenangnya. nak makan pon kadang2 xsempat sbb dia dah ajak baring dalam bilik. 
  • Kekerapan Menyusu Melalui Botol - Iman hanya menggunakan botol ketika berada di rumah babysitter sahaja. Jika bersama aku, hanya direct bf sahaja.
  • Penggunaan puting (pacifier) - Iman mmg xisap puting
  • Berapa Lama Bayi Tidur Pada Waktu Malam - Iman sangat kerap bangun menyusu. rasanya every 10 - 20 minit sekali... dia menyusu sambil tidurlah.
  • Pengambilan Makanan Pejal oleh Bayi - Iman sangat susah nak makan solid food dulu. dia hanya betul2 start makan hanya pada usia 11 bulan lebih. itupun dalam kuantiti yg sangat sedikit. pada usia dia 6-10 bulan tu, aku kena sediakan at least 20 - 25 oz sehari di rumah pengasuh (pengsan masa ni kumpul stok).
  • Faktor Hormon Dalaman Wanita - hormon estrogen dan hormon prolaktin (menyusu), kalo satu tinggi, satu lagi akan rendah. 
Bila aku tgk balik faktor2 kat atas tu, mmg logik la kan miss piod aku tu xdtg2... kuasa sedutan Iman sgtla power..hehe

okies... ibu2 semua, jangan biarkan kerisauan menghantui diri anda... happy breastfeeding!!!! mmuah!!!



Stop Mengepam

Alhamdulillah Iman dah 21 Bulan... secara officialnya semalam aku dah stop mengepam (smlam kena outstation ke KB mmg xdan nak ngepam kat opis org and terkejar2 sbb pegi sehari je kan so mmg decide untuk stop mengepam mulai semalam).... sekarang ni Iman minum formula milk je kat umah babysitter, bila ngan ummi direct feeding jer...

keputusan utk stop mengepam dibuat disebabkan beberapa faktor... antaranya sbb hasil pam pon dah xcantik and kerja pon dah bertambah kat opis. kalo dulu xperlu keluar outstation, sekarang dah xleh ngelak dah. So, terpaksa buat kptsan sukar ni....

Start Iman 19 bulan aku dah start bg pengasuh formula milk untuk dicampurkan dengan breast milk bila kat umah dia. alhamdulillah, xsusah nak train Iman... sgt behave la anak ummi ni.. cuma dgn ummi mmg dia xpandanglah susu lain. huhu, xperlah, ni pon ummi rasa cukup bersalah sbb xteruskan smpai 24 bulan. but i thinks for 1st baby kira oklah kan angkut pam ke opis smpai 21 bulan...syukur...

InsyaAllah untuk 2nd baby aku akan cuba untuk heret pam ke opis sampai genap 24 bulan.... pengalaman dah ada, tinggal sentiasa tambah ilmu sahaja...