Thursday 3 September 2015

GLUCOMETER - ACCU-CHEK ACTIVE

Lama x update blog, tiba2 buat entry pasal glucometer lak kan..... alkisahnya sekarang ni aku dah pregnant, so seperti yang dah dijangka, sekali lagi aku sangkut minum air gula. so aku disahkan menghidap GDM (bahasa mudahnya kencing manis semasa hamil).... sedih..... =(

Waktu 1st pregnant dulu, aku xpenah tanya nurse boleh buat sendiri x. tapi dr yang aku dgr dr ibu2 GDM lain nurse kat KIA tu x benarkan. Kali ni since aku pon dah tukar KIA, so aku dgn beraninya ckap kat nurse aku nak buat sendiri je kat rumah, nurse ckp awak ada alat ke, kalau ada boleh je, aku jawab je ada, padahal masa tu xde pon lg. Dalam otak dah ligat dah nak msg hubby ajak singgah farmasi after balik keje kang.

Keje aku lepas balik check-up tu dok usha glucometer yg ok and harga affordable. survey pnya survey akhirnya aku pon buat keputusan untuk beli jenama ACCU-CHEK ACTIVE ni.....

sumber dari rakuten.com.my
kalau kat lazada tu ada je yang jual RM80 tapi xder extra 25 test strips tu, ada 10 stest strips je, kalau kira2 balik harga dia lg mahal kalo kita tambah beli 25 test strips tu sbb harga test strips tu dalam RM50 (kat caring pharmachy RM44). Yang gambar kat atas ni harga kat Caring Pharmachy. 

Aku xdelah beli online sbb nak guna arini kan, checkup 3/9/2015 (semalam). Caring pharmachy pon banyak je cawangan dia, kat Pandan Jaya pon ada satu.

Masa kat farmasi tu, Pharmacist tu bkan main lg ckp dia x recommend yang active ni, dia ckp ACCU-CHECK PERFORMA is better and user friendly. haha, macam biasalah, aku ni cepat je terpengaruh, hubby dah buat muka dah tgk aku dok mcm berminat nak beli yang performa tu. sbb....... harga dia jauh lebih mahal.... 

sumber dari rakuten.com.my
Haha... aku siap minta keluar dulu nak discuss betul2 dgn hubby aku.... akhirnya aku baru sedar, yelah aku dah survey baik punya sebelum tu kan, and mmg dah tekad nak beli yg active tu, pharmacist tu opkoslah akan promote yang mahal tu kan.... so kini glucometer active yang berada dlm handbag aku untuk dibawa ke opis pg ni..... =)

Set dalam kotak (strips yang dlm kotak ada 10 jer... aku bukak yang 25 ni dulu)

disediakan beg macam ni untuk memudahkan kita bawa kemana saja...


Kecik je, senang nak bawa......

InsyaAllah next entry aku tunjuk lak cara nak guna accu-chek active ni...... rasanya user friendly jer.... =)

Tuesday 16 June 2015

RESEPI PUDING JAGUNG KASTAD

Suka sangat makan puding jagung kastad ni, nak buat senang sgt... Tapi kalau malas, benda senang pon rasa susah sangat nak buat kann... huhu

Bulan pose nnt bole buat ni untuk dijadikan pencuci mulut waktu berbuka nnt..... meh aku kongsi resepi simple ni.....

RESEPI PUDING JAGUNG KASTAD

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan tepung kastad
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan kalau x mau manis)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin jagung (creamy)

Cara-cara
  • Bancuh tepung kastad bersama air, kacau sehingga sebati, kemudian masakkan di atas api yang perlahan.
  • then masukkan susu cair, gula dan jagung, kacau rata sehingga adunan tadi menjadi pekat dan likat.
  • tutup api, kemudian masukkan adunan ke dalam bekas / acuan yang disukai.
  • bila dah sejuk sikit, boleh masukkan puding jagung anda ke dalam fridge.
  • sangat sedap dimakan sejuk-sejuk.
Selamat Mencuba!!!!!

Sunday 19 April 2015

Weekend..... I-City Waterworld

Assalammualaikum readers...

Makcik pemalas update blog ni dah muncul kembali.... dalam keadaan badan sengal2 sbb puas bermandi-manda bersama anak n suami tersayang.

Minggu ni sbebenarnya aku n somi plan nk bw cik iman g jalan2 tmpat yg xmengeluarkan belanja yang besar... almaklumlah, ordinary salary man macam kami berdua ni kan.... =)

Aku suka mandi sungai, nak ajak somi g sungai congkak jer..... tapi mengenangkan Cik Iman yg x baper berani nak mandi sungai (disebabkan kesejukan airnya, batu n kaki dia geli bila pijak pasir) so kami batalkan niat suci itu.

Somi pon surf la internet... dok mencari2 tmpat2 menarik untuk bw anak jenjalan ni. Ada sesuatu yang menarik perhatian en somi, iaitu;

Promotion masuk waterworld + Lunch di Best Western Hotel
 Ok, first of all, tiket RM15, RM20 and RM25 pakej dia sama sahaja. cuma sesiapa yg bertuah lah.. RM15 for first 50 pax, RM20 for 2nd 50 pax and RM25 for 3rd 50 pax. So sesape yg bertuah tu dapatlah tiket RM15 tu kans....

Apa yg korang dapat dengan pakej ni ialah;

berbaloi kans... 

Kami try nak beli yg RM15 tu tapi malangnya untuk tarikh 19/4/2015 dah abis... begitu juga dengan yg RM20... alhamdulillah untuk tarikh 19/4/2015 yg RM25 masih available.... apa lg, tgn en somi laju jer proceed payment semua..... yeayyy!!!

Here we go... Cik Iman pon dah ready... posing sikit ngan swimsuit...

Sori auntie2 semua... Iman terseksi sikit arini
Meh kita layan pulak gambo Cik Iman mandi

Kerusi banyk disediakan.... senang nak letak barang. kalau nak guna loker pon bole, kena bayar RM10.00
teserlah wajah ceria Cik Iman....





 Lepas penat mandi manda... perut pon dah berbunyi.... so, kami perlu bergerak ke Hotel untuk menikmati lunch kami tu.... masalahnya.... Cik Iman x mo keluar.... hmm... meronta2 nak masuk dalam air balik....

Tapi ummi n abah dah penatlah sayang, tangan Iman pon dah kecut... jadi terpaksa jg bw Iman keluar dengan keadaan meronta-ronta sambil tnjuk arah waterworld.... fuh... lama dia nangis.... lebih kurang 15 minit.... nangis + meronta. (Ummi hampir pengsan)

Alhamdulillah sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke cafe hotel, Iman dapat ditenangkan... (suasana cafe yg mendamaikan membantu kot)... For RM25, rasanya makanan dan suasana di cafe hotel itu agak memuaskan (walaupon nasi dia jelantah sikit). menu buffet lunch oklah dgn bayaran tu....  nasi jagung (kot... xtau nasi apa), Ayam kurma, sayur, Bihun, donut. Buah pula (betik, tembikai n honey dew) pastu ada disediakan pelbagai jenis puding, ABC dan Rojak buah.

Meh ummi belanja gamba Iman n Abah makan...




Alhamdulillah, pert dah kenyang... kami pon pulang... hehe... 

**pesanan tuan punya blog - tiket untuk masuk waterworld tu single entry je ok... kalo dah keluar x boleh masuk balik... so korang decidelah nak makan dulu baru masuk or masuk dulu baru makan. buffet lunch pulak dari pukul 12.30 - 2.30pm.

Sampai umah muka rasa melekit2 (sunburn semua) so, tangan ni segera mencapai make up remover nutriwhite pastu cuci dengan foaming clenser nutriwhite... alhamdulillah rasa segar dan lembut jer kulit....  sesiapa nak cuba produk nutriwhite dari shaklee ni boleh la order kat saya dengan wasap kat no ni:



Zuliza Abu
012-6854745





Wednesday 4 March 2015

Permohonan Kemasukan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Sesi Julai 2015

Kolej Poly Tech MARA (KPTM) merupakan sebuah kolej yang sudah berpengalaman selama lebih 25 tahun dalam bidang pendidikan. KPTM juga telah melahirkan lebih daripada 20,000 graduan pelbagai peringkat pengajian. Pinjaman Pendidikan MARA disediakan kepada yang layak. Selain itu pelajar juga boleh membuat Pinjaman pendidikan PTPTN.

Sesiapa yang berminat boleh email saya di zuzaieja09@gmail.com ataupun whasapps saya di 012-6854745. Sila bagitahu program yang anda minat, saya akan bagitahu syarat kelayakan dan juga maklumat yang diperlukan.

Anda juga boleh tinggalkan email di ruangan komen.

Antara Program yang ditawarkan seperti flyers di bawah;


Thursday 5 February 2015

Ibu Menyusu Tak Datang Haid Normal Ke?

Jawapannya Normal..... Tapi biasalah, kita akan rasa risau kan. aku sendiri setelah iman berusia 21 bulan baru aku period. Itupun pada hari yang sama aku stop mengepam (entry sebelum ni). Hubby pon dah banyak kali dok suh gi cek ngan doktor... tapi aku selalu yakinkan dia bahawa perkara tu adalah normal terutamanya kepada ibu yg menyusukan bayi mereka secara esklusif.

Antara faktor-faktor yang boleh pengaruhi adalah;

  • Kekerapan anak menyusu secara terus dari payudara - Iman sgt kerap mnyusu kalo berada di rumah. dia xkan lepaskan aku sewenangnya. nak makan pon kadang2 xsempat sbb dia dah ajak baring dalam bilik. 
  • Kekerapan Menyusu Melalui Botol - Iman hanya menggunakan botol ketika berada di rumah babysitter sahaja. Jika bersama aku, hanya direct bf sahaja.
  • Penggunaan puting (pacifier) - Iman mmg xisap puting
  • Berapa Lama Bayi Tidur Pada Waktu Malam - Iman sangat kerap bangun menyusu. rasanya every 10 - 20 minit sekali... dia menyusu sambil tidurlah.
  • Pengambilan Makanan Pejal oleh Bayi - Iman sangat susah nak makan solid food dulu. dia hanya betul2 start makan hanya pada usia 11 bulan lebih. itupun dalam kuantiti yg sangat sedikit. pada usia dia 6-10 bulan tu, aku kena sediakan at least 20 - 25 oz sehari di rumah pengasuh (pengsan masa ni kumpul stok).
  • Faktor Hormon Dalaman Wanita - hormon estrogen dan hormon prolaktin (menyusu), kalo satu tinggi, satu lagi akan rendah. 
Bila aku tgk balik faktor2 kat atas tu, mmg logik la kan miss piod aku tu xdtg2... kuasa sedutan Iman sgtla power..hehe

okies... ibu2 semua, jangan biarkan kerisauan menghantui diri anda... happy breastfeeding!!!! mmuah!!!



Stop Mengepam

Alhamdulillah Iman dah 21 Bulan... secara officialnya semalam aku dah stop mengepam (smlam kena outstation ke KB mmg xdan nak ngepam kat opis org and terkejar2 sbb pegi sehari je kan so mmg decide untuk stop mengepam mulai semalam).... sekarang ni Iman minum formula milk je kat umah babysitter, bila ngan ummi direct feeding jer...

keputusan utk stop mengepam dibuat disebabkan beberapa faktor... antaranya sbb hasil pam pon dah xcantik and kerja pon dah bertambah kat opis. kalo dulu xperlu keluar outstation, sekarang dah xleh ngelak dah. So, terpaksa buat kptsan sukar ni....

Start Iman 19 bulan aku dah start bg pengasuh formula milk untuk dicampurkan dengan breast milk bila kat umah dia. alhamdulillah, xsusah nak train Iman... sgt behave la anak ummi ni.. cuma dgn ummi mmg dia xpandanglah susu lain. huhu, xperlah, ni pon ummi rasa cukup bersalah sbb xteruskan smpai 24 bulan. but i thinks for 1st baby kira oklah kan angkut pam ke opis smpai 21 bulan...syukur...

InsyaAllah untuk 2nd baby aku akan cuba untuk heret pam ke opis sampai genap 24 bulan.... pengalaman dah ada, tinggal sentiasa tambah ilmu sahaja...


Monday 12 January 2015

RANCANG CUTI 2015

Hari ni dah masuk hari ke 12 tahun 2015.. azam tahun baru, nak simpan duit banyak2.. kurangkan belanja dgn boros... =)

Tahun 2014, annual leave abis masa bulan November. Yang ni mmg susah nak cakap, sbb cuba untuk rancang cuti, tapi end up dgn semua cuti diambil secara tiba2.... antara sbb, iman demam, diri sendiri demam (ni kes malas nak gi klinik sbb lebih suka baring atas tilam), balik kampung terlajak... dan mcm2 lg.... so sgt sedihlah, ujung tahun org ramai xder kat opis, tp kita pulak kenalah keje kan....

tapi tahun ni (2015)... sgt suker tau, sbb public holiday bnyk jatuh pada hari2 yg dekat dgn sabtu dan ahad... bole tgk gambar kat bawah ni....


jom kita rancang sebaiknya cuti kita... simpanlah 5 hari untuk kecemasan in case kalo anak demam ke...

... =)