Friday 26 August 2016

RESEPI KIMBAB (SUSHI ROLL)

Penangan cerita korea sekarang ni, meh ummi share dengan korang resepi Kimbab.



Bahan-bahannya

Untuk 5 Rolls
1. 1 1/2 cawan nasi (guna calrose rice jenama sumo)**
2. 5 Keping Seaweed
3. Thusand Island / Mayonis (secukupnya)
4. Bahan-bahan filling (telur dadar, ayam, Timun jepun n sosej)

Bahan untuk menggulung : Bamboo mat (nak guna plastik wrap pon boleh)

CARA MASAK CALROSE RICE


ini rupanya...


**Cara masak calrose rice ni senang je.... kalau beli jenama sumo ni, arahan cara masak dah diberi, tp xpe, meh ummi share cara masak dia.

untuk setiap satu cawan beras, sukatan untuk air adalah 2 cawan. so mcm dlm resepi ni ummi guna 1 1/2 cawan, sukatan air adalah 3 cawan. masak guna rice cooker je, lepas masak tu tutup suis rice cooker tu pastu rehatkan nasi tu selama 10 minit then baru gaulkan dengan cuka + garam.

untuk sukatan cuka pula, 1 cawan beras, 2 sudu penuh cuka makan. tapi ummi x mo masam sangat jadi ummi kurangkan sikit cuka tu.....

**nasi tu gaulkan dengan bancuhan satu sudu besar cuka + sedikit garam.



CARA-CARA MENGGULUNG


1. Mula2 bentangkn seaweed atas bammboo mat. Mcm gmbar kat bawah ni.


2. Ratakan nasi atas seaweed tu. Jangan cover nasi sampai tutup semua permukaan nasi tu, tingalkn 1 inci pada bhgian atas dan bawah.  Senang nak gulung...

3. Susun bahan2 filling td. Ok nak bgtau cara ummi masak ayam tu senang je, ummi masak ngan mintak zaiton pastu ummi letak black pepper.... pastu gaul ngan mayonis or thousand island.
4. Pastu silala gulung dengan cermat. Pastikan padat dan kemas..... huhu

Hasilnya...


hahaha untuk cara2 buat tu, biar gambar berbicara..... sekian... selamat mencuba!!!!


Monday 1 August 2016

Alamak.... Saiz Tak Sama!!

Wahahaha.... baca tajuk pon dah nak tergelak kan... ni bukan entry for 18sx ok.... ini lah dilema setiap ibu-ibu menyusu... problem ni dari 1st baby dah jadi... ingatkan for 2nd baby bolehlah elakkan dari berlaku lagi, rupanya sejarah masih berulang.... jom pakat redha jela....

Walaubagaimanapun, meh kita sesama cuba cara untuk balancekan balik saiz tu... Ummi ada terbaca satu blog ni dia dok share 4 cara yang boleh kita cuba....:

  1. Susukan bayi anda pada payudara yang bersaiz lebih kecil terlebih dahulu
Hisapan dari bayi akan meransang penghasilan susu. Oleh itu, bila bayi hisap pada bahagian yang lebih kecil ni dengan kerap, akan membantu meningkatkan production. Dengan ini, saiz akan dapat dipertingkatkan... huhuhu... yelah, kalau korang perasan (semestinya korang perasan), bahagian yang lebih kecil ni dia punya production kurang sikit dari yang bigger side tu kan... tak caya? huhuhu silalah pam sekarang gi tgk hasilnya. TAPI kan, menurut blog tu, korang bolehlah guna cara ni kalau side yg kecil tu memang kurang productionnya, tapi kalau dah overproduction, jgn buat ee... nanti bengkak susu pulak... xdapat kami nak tolong....

     2. Kerapkan mengepam payudara yang bersaiz lebih kecil

Penerangan kepada point ni sama macam yang no. 1 tu.... sebab function keram pam ni adalah untuk stimulate breast, so akan dapat produce lebih banyak susu. sama jugalah, kalau dah banyak susu buat ni, dikhuatiri anda akan dilanda bengkak susu. Dah...dah ummi malas nak ulang lagi... huhuhu

    3. Berjumpa dengan doktor

Risau juga kan, yelah baby mungkin selesa dengan one side position jer disebabkan oleh masalah kesihatan. contohnya jangkitan kuman kat telinga ke... so dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor. 

    4. perkara ini adalah normal

normal. kenapa? sebab macam ummi bagitau sebelum ni... each side tu kuantiti susu yang dihasilkan tidak sama. so secara logiknya plastik yang berisi 5 kilo beras mestilah lagi kecil berbanding plastik yang berisi 10kilo beras. Melainkan ada tanda-tanda yang mencurigakan, jika itu berlaku segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Tapi untuk pengetahuan korang, masa 1st baby ummi hanya menyusukan Iman dengan one side jer. alhamdulillah cukup untuk keperluan Iman. 

Bagi Ummi the best way adalah cuba cegah perkara ini dari terjadi. Kalau sikit-sikit tu kira oklah, normal je. So dari awal anda perlulah pastikan baby hisap kedua-dua side dengan adil dan saksama. InsyaAllah kalau berbeza saiz pon takdelah obvious sangat.