Thursday 3 September 2015

GLUCOMETER - ACCU-CHEK ACTIVE

Lama x update blog, tiba2 buat entry pasal glucometer lak kan..... alkisahnya sekarang ni aku dah pregnant, so seperti yang dah dijangka, sekali lagi aku sangkut minum air gula. so aku disahkan menghidap GDM (bahasa mudahnya kencing manis semasa hamil).... sedih..... =(

Waktu 1st pregnant dulu, aku xpenah tanya nurse boleh buat sendiri x. tapi dr yang aku dgr dr ibu2 GDM lain nurse kat KIA tu x benarkan. Kali ni since aku pon dah tukar KIA, so aku dgn beraninya ckap kat nurse aku nak buat sendiri je kat rumah, nurse ckp awak ada alat ke, kalau ada boleh je, aku jawab je ada, padahal masa tu xde pon lg. Dalam otak dah ligat dah nak msg hubby ajak singgah farmasi after balik keje kang.

Keje aku lepas balik check-up tu dok usha glucometer yg ok and harga affordable. survey pnya survey akhirnya aku pon buat keputusan untuk beli jenama ACCU-CHEK ACTIVE ni.....

sumber dari rakuten.com.my
kalau kat lazada tu ada je yang jual RM80 tapi xder extra 25 test strips tu, ada 10 stest strips je, kalau kira2 balik harga dia lg mahal kalo kita tambah beli 25 test strips tu sbb harga test strips tu dalam RM50 (kat caring pharmachy RM44). Yang gambar kat atas ni harga kat Caring Pharmachy. 

Aku xdelah beli online sbb nak guna arini kan, checkup 3/9/2015 (semalam). Caring pharmachy pon banyak je cawangan dia, kat Pandan Jaya pon ada satu.

Masa kat farmasi tu, Pharmacist tu bkan main lg ckp dia x recommend yang active ni, dia ckp ACCU-CHECK PERFORMA is better and user friendly. haha, macam biasalah, aku ni cepat je terpengaruh, hubby dah buat muka dah tgk aku dok mcm berminat nak beli yang performa tu. sbb....... harga dia jauh lebih mahal.... 

sumber dari rakuten.com.my
Haha... aku siap minta keluar dulu nak discuss betul2 dgn hubby aku.... akhirnya aku baru sedar, yelah aku dah survey baik punya sebelum tu kan, and mmg dah tekad nak beli yg active tu, pharmacist tu opkoslah akan promote yang mahal tu kan.... so kini glucometer active yang berada dlm handbag aku untuk dibawa ke opis pg ni..... =)

Set dalam kotak (strips yang dlm kotak ada 10 jer... aku bukak yang 25 ni dulu)

disediakan beg macam ni untuk memudahkan kita bawa kemana saja...


Kecik je, senang nak bawa......

InsyaAllah next entry aku tunjuk lak cara nak guna accu-chek active ni...... rasanya user friendly jer.... =)