Thursday 21 July 2016

REVIEW V-COOOL MILK COLLECTION (ala-ala haakaa)

Assalammualaikum...

Lama dah nak review v-coool milk saver ni. Tapi malas sangat kan, so kat draft teperap lama. Sekarang ni gajet terbaru yg terkenal dalam kalangan ibu-ibu menyusu adalah milk collector/saver. Ok yang mula-mula femes tu adalah dari jenama haakaa. 

sumber dari google

rasanya nilah jenama first yang ummi nampak mula-mula perkenalkan silicone breast pump ni.... kemudian barulah keluar dari jenama-jenama lain. since yg haakaa ni imported from new Zealand, so harga dia agak tinggilah berbanding jenama lain around RM60-90. 

Pilihan ummi memang yang lagi murah. huhuhu, ummi beli jenama V-Coool je... masa ni ada offer raya (ummi beli bulan puasa lepas) memang murahlah... so ummi belilah dua sbb harga 2 lagi murah beserta free postage. satu lagi ummi belikan untuk best friend ummi.

ni bentuknya.. lebih kurang je mcm haakaa
cara guna cukup senang... 
1. lekapkan pada miss B
2. picit bahagian bawah pam tu (lembut je material dia)
3. lepaskan, then sangkut ngan nursing bra. 
4. nnt susu akan keluar. sedutan dia sentiasa ada, susu akan menitis2. agak2 rasa sedutan mcm dah longgar sikit, korang picit2 lagi kat bawah tu. kalau susu dah x menitis pon korang picit2 lg bg breast tu stimulate balik.

sangat mudah terutama bila korang bersama baby. boleh tandem. so taklah membazir susu kan. sebab biasanya bila kita susukan baby sebelah, sebelah lagi akan menitis2.... 

Ummi sangat cadangkan kepada suri rumah sepenuh masa, sbb bukan senang nak pam bila baby ada bersama. Nak cuci pon x susah, one piece je. Sebelum ada milk collector ni, waktu cuti ummi guna manual pam avent je... yela ada baby bersama memang rimas berselirat dengan wayar. Basuh pon part tak banyak. Huhuhu tapi milk collector ni lg senang,  

Ok mommies, cukupla review untuk v-coool milk collector ni... next entry kita review benda lain pulak ye.....

Mmuah!!!!