Tuesday 30 October 2012

Buku Pink (Rekod Kesihatan Ibu)

Buku Pink

29 Oktober 2012 - Aku dan suami ambil cuti ari ni, sbb nak uruskan penerbitan Buku Pink untuk kandungan aku. bergerak dari rumah seawal 6.45am, (sbb takut x dpt jumpa Klinik Kesihatan Cheras Baru). tanya2 org, akhirnya kami jumpa Klinik Ibu dan Anak Cheras Baru. lebih kurang pukul 7.15am. Kena beratur nak ambil nombor dapatlah no 1003. nurse bagi aku buku pink n beberapa borang untuk diisi. setelah siap isi semua tue aku serahkan kepada nurse n tunggu sehingga nama aku dipanggil. tunggu dalam 40 minit, nama aku dipanggil. 

1st nurse tu interview aku antara soalannya; 1st time ker? Pernah gugur x? Sejarah kesihatan keluarga, n apa lagi ntah aku lupa... ohh adalah juga dia explain tentang prosedur yang perlu dilakukan untuk 1st time check up ni. yang paling aku suka nurse ni awal2 lagi dah minta maaf kat aku n jelaskan bahawa akan mengambil masa yang lama sikit. aku ckp xpe, sbb sblm pergi tue aku dah bnyak baca blog2 n tanya akak n adik aku, mmg tau akan ambil masa lama. Nurse tue senyum dgr aku ckp macm tu, dia ckp sblm ni dia dah bnyak kali kena marah dgn orang sbb depa x sabar menunggu. Nasihat aku pada mana2 yang x sabar tu, pergilah buat buku kat swasta ok!! ni dahlah free pastu x reti bersabar pulak... tapi mmg aku sukalah dgn nurse ni, bagi aku baik n sgt ramah... aku bagi 4 bintang ****. 

lepas dia interview aku nurse tu suruh aku naik atas penimbang n ambil berat aku... hmm... boleh tahan berat aku ni... (lepas bersalin aku diet.. hehehe). pastu check tekanan darah. ambil air kencing, and ambil darah (bab ni mmg aku takut). walaupun takut nak ambil darah tapi aku buat muka selamba je, hmm bahagian ni aku bg nurse tu 2bintang ** jer, sbb dia cucuk aku smpai 2 kali. Dia ckp urat aku jenis x timbul n susah nak ambil darah. ok, aku penah jer ambil darah masa kat Klinik Kesihatan Kelana Jaya, nurse kat sana cucuk aku sekali jer ok, tapi mmg urat aku x timbul pun, tapi nurse kat KJ tu tepuk2 tangan aku sampai dia nmpak urat tu then baru dia cucuk. Nurse ni pula dah tau urat aku x timbul dia terus jer cucuk, oh... nasib baik jarum tu halus. xpelah, dia minta maaf banyak kali, so aku senyum dgn ikhlas n cakap xpelah nnt aku angkat botol air banyak kali biar kasi urat aku ni timbul.... ohh.. ada satu lagi yang aku kena buat kat bilik first ni iaitu buat ujian HIV. nurse tu bgtau aku sblm ni ujian HIV tidak dilakukan kepada semua ibu mengandung hanya untuk certain kes jer, tapi sekarang ni mereka telah diarahkan untuk melakukan ujian HIV ni pada semua ibu mengandung. aku setuju jer demi masa depan aku dan bakal anak yg lahir ni. keputusan Ujian HIV adalah non-reactive...=).

Lepas tu aku masuk bilik lain pula, kali ni nak buat pemeriksaan payudara, sempat menjeling kat suami yang sabar menunggu kat kerusi (kesian dia, nampak mcm ngantuk jer mungkin bosan kot). lama lah juga nak tunggu nurse tu check aku, selesai je check payudara, nurse tu rasa perut aku, dia tanya aku rasa x baby gerak, aku ckplah xder langsung, nurse tue ckp mngkin sbb baru lagi kot. aku angguk jelah. Pastu nurse tu suruh aku letak buku pink aku tue kat depan bilik no 2. ooh.. bilik dr pulak. oh lupa pulak nak bagi bintang, nurse kali ni pon baik aku bagi 4 bintang ****.

Sementara tunggu no aku dipanggil, aku duduk sebelah suami, borak lebih kurang pastu no aku dipanggil. masuk jer bilik, aku rasa mcm dr ni x mesra langsung. suruh aku baring kat katil pon mcm x ikhlas jer. pastu tanya soalan pon mcm laju2... Dr India perempuan, ada beberapa soalan yg aku kena ulang balik sbb dia guna bahasa melayu yg aku x berapa nak paham. pastu dia bangun check perut aku, pegang sikit2 jer pastu dia duduk balik. 

pastu dia tanya aku "you punya period mmg tiap2 bulan ke?" 
aku jawablah "ye.. mmg tiap2 bulan"
"i x dpt rasa apa2 kat perut u, sepatutnya ada mcm bukit sikit, tapi perut u biasa jer. masa kat klinik swasta tu u scan x?"
Gulp!!! oh... sentap kot aku dgr dia ckp mcm tu, "xbuat scan just urine test jer" sedih kot aku masa ni...
dengan muka ketat dia tu dia ckp "better u pergi scan, i takut period u jer yg x betul ni" lebih kuranglah ayat dia mcm tue.... pastu dia bg aku buku pink kat aku lpas tulis kat buku tue...
dengan langkah longlai aku pun pergi balik bilik sebelum ni untuk bagi buku tu pada nurse sebelum ni, ok disebabkan mak aku ada kencing manis so aku kenalah minum air gula, next appointment untuk check up pada 26/11/2012, appointment untuk minum air gula pula pada 16/11/2012.

Keluar je dari bilik nurse tue aku bgtaulah suami aku apa yg dr ckp, muka suami terus berubah (nampaklah dia risau). So kami decide untuk terus cari klinik swasta yang ada buat scan. kami keluar dari Klinik Ibu n Anak tu lebih kurang pukul 10.30am. bagi aku x lah lama sgt, mgkin sbb ini klinik untuk ibu n anak jer x cmpurkan... so cepat jela.

next entry aku bgtau tentang scan tue.... 


Tentang Kami


 Tentang Kami

Setelah hampir tujuh tahun aku dan suami bercinta, kami akhirnya disatukan dengan ikatan sah sebagai suami isteri pada 26 May 2012. Majlis diadakan dalam suasana yang sangat sederhana (al-maklumlah masa ni aku n suami baru jer bekerja -x sampai setahun pun). Kata orang kalau dah lama sgt bercinta ni kita akan rasa bosan dengan pasangan kita, tapi bg aku, aku xpernah sikitpun rasa bosan bila bersama dengan suami aku. tambahan lagi feeling masa bercinta n dah kawin ni berbeza sangat. Kalau x percaya korang kawinlah... hehee.. =).
alhamdulillah... dah jd isteri dia...