Sunday 8 May 2016

HOMEMADE KEROPOK LEKOR (RESEPI)

Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu ke-4 dah aku masuk keje..... syukur.... 

Aidan mmg x banyak ragam, alhamdulillah dia sgt behave je kat umah kak Yong.... yang bnyk ragam sikit si kakak je.... yelah manja kan.... tapi masih boleh dikawal... 

entry kali ni aku nak share resepi nak buat kopok lekor yg sgtlah simple. guna x sampai 5 bahan pon.... aku jamin rasanya sgt sedap n fresh (sbb buat sendiri kan opkoslah fresh gitu...)

RESEPI KEROPOK LEKOR
by: Zuliza Abu

Bahan-bahan (untuk 4 orang makan, tapi aku biasanya makan berdua je)
  • 5-6 ekor ikan sardin / selayang - asingkan isi and blend (JANGAN rebus ye, asingkan isi mentah2 ok)
  • 1 1/2 cawan tepung ubi 
  • 2 sudu tepung gandum
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  • campurkan semua bahan and uli hingga sebati (guna tangan je) tekstur dia mmg melekit2 ye.... 
  • Bila dah gaul sebati tu, bentukkanla adunan td menjadi panjang2 gitu, nak bulat2 pon boleh, masa nak bentukkan ni gunakan tepung gandum supaya x melekat2 kat tangan n tempat pencanai tu..... 
  • dah siap bentuk panjang2 tu, bolehlah direbus dgn air mendidih (rebus air siap2 sebelum proses membentuk keropok tu), bila keropok tu timbul tandanya dah masak, korang boleh angkat dan toskan.
  • Boleh dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu.
**Resepi sos x ngaji lagi... nnt kalau dah jumpa resepi yang sedap kita share ee...

rupa baru keluar dari periuk.... berasap lagi ni....

Ni rupa keropok lekor aku yang dah siap digoreng.... tinggal nak ngap je....


No comments:

Post a Comment