Walaubagaimanapun, meh kita sesama cuba cara untuk balancekan balik saiz tu... Ummi ada terbaca satu blog ni dia dok share 4 cara yang boleh kita cuba....:
- Susukan bayi anda pada payudara yang bersaiz lebih kecil terlebih dahulu
Hisapan dari bayi akan meransang penghasilan susu. Oleh itu, bila bayi hisap pada bahagian yang lebih kecil ni dengan kerap, akan membantu meningkatkan production. Dengan ini, saiz akan dapat dipertingkatkan... huhuhu... yelah, kalau korang perasan (semestinya korang perasan), bahagian yang lebih kecil ni dia punya production kurang sikit dari yang bigger side tu kan... tak caya? huhuhu silalah pam sekarang gi tgk hasilnya. TAPI kan, menurut blog tu, korang bolehlah guna cara ni kalau side yg kecil tu memang kurang productionnya, tapi kalau dah overproduction, jgn buat ee... nanti bengkak susu pulak... xdapat kami nak tolong....
2. Kerapkan mengepam payudara yang bersaiz lebih kecil
Penerangan kepada point ni sama macam yang no. 1 tu.... sebab function keram pam ni adalah untuk stimulate breast, so akan dapat produce lebih banyak susu. sama jugalah, kalau dah banyak susu buat ni, dikhuatiri anda akan dilanda bengkak susu. Dah...dah ummi malas nak ulang lagi... huhuhu
3. Berjumpa dengan doktor
Risau juga kan, yelah baby mungkin selesa dengan one side position jer disebabkan oleh masalah kesihatan. contohnya jangkitan kuman kat telinga ke... so dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor.
4. perkara ini adalah normal
normal. kenapa? sebab macam ummi bagitau sebelum ni... each side tu kuantiti susu yang dihasilkan tidak sama. so secara logiknya plastik yang berisi 5 kilo beras mestilah lagi kecil berbanding plastik yang berisi 10kilo beras. Melainkan ada tanda-tanda yang mencurigakan, jika itu berlaku segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Tapi untuk pengetahuan korang, masa 1st baby ummi hanya menyusukan Iman dengan one side jer. alhamdulillah cukup untuk keperluan Iman.
Bagi Ummi the best way adalah cuba cegah perkara ini dari terjadi. Kalau sikit-sikit tu kira oklah, normal je. So dari awal anda perlulah pastikan baby hisap kedua-dua side dengan adil dan saksama. InsyaAllah kalau berbeza saiz pon takdelah obvious sangat.
No comments:
Post a Comment