Monday 27 June 2016

ETIKA TERHADAP BAYI

Bila baca kes-kes kanak-kanak and bayi yang meninggal disebabkan "Diphteria", aku jadi sangat risau nak bawa anak-anak aku ke tempat ramai orang. Aku bukanlah golongan yang anti-vaccine dan aku akan ikut jadual cucuk vaksin untuk anak aku. Pilihan pada korangla kan, terpulang nak cucuk atau tak... tanyalah atau menuntutlah pada golongan yang pakar insha-Allah semuanya akan lebih jelas.

Aku x mo sentuh bab anti-vac ke or pro-vac, aku nak cakap tentang etika kita terhadap golongan yang lemah ni (bayi n kanak2) depa ni nak lindung diri sendiri pon xbole... so kita sebagai org yang lebih dewasa sepatutnya kena jaga and tahu tentang etika bila berhadapan dengan depa ni, supaya mereka rasa selamat dan terlindung dari risiko.


Kalau Sakit Jangan Melawat Bayi

Kalau kita perhatikan tahap sensitiviti masyarakat kita tentang bahayanya penyebaran virus apabila kita diserang penyakit terhadap individu lain sangatlah rendah. Berkenaan kes bayi berusia 58 hari yang meninggal dunia disebabkan jiran mereka datang melawat semasa bayi berusia 38 hari bersama dengan anak yang tidak sihat (kalau x silap anak dia kena batuk, selsema). Korang nampak x... aku mmg geram sangat. Dah tau anak sakit, yang gi bawa tgk baby yang sgt "fragile"  dari semua sudut tu kenapa....? Senang citer kalau sakit tu duduk jelah umah, bg anak rehat, xyah terdedah dgn udara luar yg berdebu tu, dengan itu dapat bantu proses anak nak pulih and dalam masa yang sama kita tidak menyebarkan virus kepada orang lain.

Kita, macam mana pula? Adakah pernah buat perkara yang sama?

Ayat sesetengah orang...,

"alah dulu aku pernah je cium anak si polan tu waktu aku selesema, x de apa2 pon.. Orang sekarang ni macam2, semua x boleh, macamlah kita ni berkuman sangat."

aku dengar ayat ni mmg rasa nak jerit je kat empunya sore tu....,

"YE KAK MEMANG AWAK BERKUMAN PON, SBB AWAK KAN TGH SELESEMA X TAKUT KE VIRUS SELESEMA TU KENA KAT BABY TU? HUHU, AKAK PEDULIK APA KAN, SBB BUKAN AKAK YANG AKAN SUSAH KALAU BABY TU DIJANGKITI DENGAN KUMAN AKAK TU.... TAPI SUKA X AKAK BILA JADI PENYEBAB BABY TU SAKIT!!!!!"

Agak-agak akak tu sentap x ngan aku..? hahaha memang aku nak bagi dia sentap pon... so, pleaselah jangan jadi selfish... aku n en. somi pon takan cium anak2 kami kalau masa tu kami selesema atau batuk... tengok..., mak bapak sendiri pon sanggup tahan diri dr cium darah daging dia sebab takut virus berjangkit pada anak. Ko sebagai orang asing xkan x bole kot? Bukan anak ko pon ko nak cium geram bagai.... anak orang kot.

Kalau Pakai Make-Up TOLONG Jangan Gomol Bayi

Lagi satu, since aku ada anak kecik... aku memang xkan pakai sebarang make-up... even bedak compact pon aku xpakai tau, sebabnya.... kulit baby ni sgtlah sensitip... ko xtau chemical apa yang ada dalam barang-barang make-up ko tu, so silala berhati2.. jgn sesuka hati ko cium anak org ngan bibir yg berlipstik tu.... huhu, aku ni anak kecik mmg muka kusam je... sbb mmg xmo pakai apa2... biarlah orang nak cakap apa.... nnt anak dah besar sikit, barulah aku melaram balik.... hahahaha...

Sekian untuk kali ni... entry ni pon aku dok bebel tanpa gambar... sian korang bosan baca... huhu inshaAllah next entry aku post gambar banyak2... huhuhu

No comments:

Post a Comment