Assalammualaikum.....
Minggu lepas berjaya bawa bekal ke opis selama seminggu..... Minggu ni nak teruskan lagi kecermelangan itu.. huhu.... siap tulis dlm notebook tanya abah nak bawa bekal apa untuk minggu ni....
Ari isnin ummi bgtau abah, nak try buat kebab... bukan kebab pita, tapi kebab org arab... hahaha... td opismate makan sebatang, dia cakap sedap siap tulis resepi lagi... so bolehlah ummi share ngan korang pulak.... mana tau sedap juga bg korang......
![]() |
tak senonoh snap gambar dalam pan lagi... huhu
RESEPI KEBAB DAGING + AYAM (anggaran 5 cucuk)
by Zuliza Abu
Bahan-Bahan (untuk cucuk)
- 200g isi Ayam (isi dipotong dadu)
- 300g Daging Batang Pinang (potong dadu)
- 1 Capsicum merah, hijau, kuning (potong dadu)
- 10 biji Tomato Ceri
- 1 Bawang Holland / Kuning (dadu juga)
- 1 1/2 sb minyak zaitun (ummi guna minyak masak biasa sebab minyak zaitun dah abis)
- 1 sb jus lemon
- 1/2 - 1 sk paprika (ummi x bubuh sbb xdak kat umah)
- 1/2 sk chili flakes (ummi guna chili powder)
- 1/2 sk serbuk jintan putih (ummi tambah juga serbuk ketumbar sikit)
- 2 ulas bawang putih (tumbuk halus ummi tambah juga beberapa biji lada hitam)
- garam secukup rasa (lebih kurang 1/4 sk)
Cara-cara
- gaulkan semua bahan perap dengan bahan2 yg hendak dicucuk tu. peraplah lebih kurang sejam (masukkan dalam chiller). pastu bolehla cucuk kat bamboo stick and bakar. (sila basahkan bamboo stick tu sebelum cucuk supaya x hangus sewaktu bakar nnt.)
**Ummi bakar guna non stick pan je..... tapi tutupla ee supaya masak sekata... kalau ada magic pan lg ok.....
Rupa bahan yg dah digaul mesra.... sangat cantik dengan kombinasi warna yg ceria dan pelbagai
Enak dimakan bersama sos black pepper... Ummi buat sendiri je....
nyum...nyum.... selamat mencuba!!!!!
No comments:
Post a Comment