Musim cuti sekolah ni, makin ramai kwn2 kat fb dok update gambo mee udang mak jah ni. Ummi ni mmg terlalu suka makan udang and ketam, so bila nampak gambar-gambar mee udang yang sgt menghairahkan tu, mmg terliur sgt. So, masa kat kampung (Kuala Kangsar) adalah buka citer ngan mak mertua yg teringin nak rasa mee udang kuala sepetang ni... mak mertua ummi pula mmg jenis yg xbole dengar bila ada perkataan teringin tu, dia mmg akan ajak terus pergi demi memenuhi keinginan ummi tu....
So, apa lagi, lewat petang sabtu tu kami pon pergilah ke kuala sepetang... dlm sejam perjalanan dr kuala kangsar. Iman lak bila dah nak dekat sampai tu dia tertido lak... sampailah nak balik and dah masuk kete baru dia bngun.....
Gambar xdan nak amik, maklumlah pangku Iman tido sepanjang kat kedai Mak Jah tu tapi dptlah juga snap satu dua gmbar. masa mula2 sampai tu terngangala juga mulut tgk, Ya Allah ramainya org.... "dah macam kat kenduri kawin" bapak mertua ummi cakap. rasanya x kurang dr 100 orang pelanggan masa tu. masyukkk mak jah....
Harga Mee Udang special RM13 semangkuk, alhamdulillah walaupon ramai orang tapi kalo setakat order mee udang cepat je sampai, tapi kalo nak order makanan bergoreng semua tu lambatlah sikit katanya.
Menarik kan rupa mee udang mak jah ni, ni dah kena hirup ni, tgklah susunan sudu tu, nampak sgt gelojoh... (huhu, maklumlah mkn smbil pangku anak tido). rasa dia kalo ikut tekak ummilah, ummi bg 6/10, sbb ummi xsuka sgt rasa udang dia, mcm hanyir sikit kat bhgian kepala tu... (Ummi suka sedut kepala udang, sbb tulah xpandai... haha)
Ummi n biras jer dok ngoder mee udang ni, orang lain dok mkn benda lain. bapak mertua and adik ipar ummi makan laksa Udang, ummi x dpt nak snap gambar. presentation laksa udang ni sgt menarik, rasa dia pon sedap (udang dia lagi sedap sbb dia pakai udang harimau). Rugi tau x amik gmbo, udang dia susun keliling pinggan, rasanya adalah lebih kurang 6-7 ekor (besar2). hak ni ummi bg 8.5/10 (sedap!!!)
Mak mertua and abah lak makan bihun sup, yang ni ummi mmg xrasa langsung so x tau nak rate bape... huhu. selain tu kami adalah order side dish (cewah.... huhu) cucur udang (hak ni ada gambar, tp nak susun cantik2 x leh sbb segan lah pulak depan mertua so bersepah je lidi tu... huhu). yg ni ummi bg 9.5/10. Cucur udang dia sangat sedap....... lembut tau.... siap bungkus satu set lg bawa balik... huhuhu
Lupa pulak ummi nak habaq, Laksa Udang, Cucur Udang dan Bihun Sup kami beli di gerai2 kecil yg berada dlm kawasan kedai mak jah tu, x termasuk dlm menu kedai mak jah ni.
sampai kedai mak jah pukul 6 lebih, kami siap berangkat pulang dlm pukul 7, alhamdulillah sempat nak mghrib di rumah. Iman pulak, masuk je kete terus terjaga, pastu ckp "Jom!!!" , dia ingat baru sampai... kesian dia.... xpe ee sayang, lain kali kita datang lg....
Pada sesape nak g tu nah refer maklumat di bawah ni;
Mi Udang Mak Jah
Kg. Menteri
Kuala Sepetang
Taiping
Tel : 05-898-1400 / 012-293-1101 / 017-469-5026
GPS : 4.838726,100.633805
No comments:
Post a Comment