Monday, 17 February 2014

BENDA PALING PENTING DALAM PENYUSUAN EKSKLUSIF IBU BEKERJAYA

Wah... panjang betul tajuk entry kali ni. Sebenarnya siapalah aku nak bercerita tentang breastfeeding ni, baru sangat kot.. tapi bila aku dah melalui perjalanan sebagai ibu bekerja yg breastfeed anak ni, bolehla aku kongsikan serba sedikit ilmu dgn anda2 semua.

Back to the topic..

Benda yang paling penting adalah!!!!!...

  • Breast Pump
Aku ada dua pam... satu manual satu lagi elektrik. Yang manual BP aku beli sebelum bersalin, jenama avent. satu lagi aku beli bila dah nak abis cuti bersalin (aku cuti 2 bulan jer.). 

Elektrik pump aku beli jenama rumble tuff... so far performance dia mmg superp... aku tersangatlah suker... tapi kelemahannya, RT ni xleh fit dgn botol lain sbb botol dia jenis wide neck. so selalunya lepas pam tu kena pindahkan susu ke botol lain. Aku beli online jer.. aku ambil yg pakej kalau xsilap aku harga pakej ni RM460 siap pos. Sekarang ni harga dia dah naik sikit...



Avent manual pon ok jer... cumer aku xlarat nak guna manual.. tangan cepat rasa lenguh. 

Beli sekali ngan botol susu.


  • Storage bottle / Plastic Bag
Ini adalah benda kedua terpenting... sbbnya, tanpa storage bottle ni mcm mana hangpa nak simpan susu yang hangpa perah tue kan... huhu, tukar lak bahasa aku ni. Rupa storage bottle ni macam gambar first tu... aku beli jenama autumz, satu pek ada 10 bottle harga dalam RM29.90. Kalo yang plastic tu aku dapat sekali dalam package breast pump aku... harga x pasti tapi hangpa boleh survey sendiri.... aku x suka sangat pakai plastik ni sbb bg aku guna bottle lagi senang... Tapi, bagi yang susu meriah n melimpah ruah, penggunaan plastic bag ni tersangatlah advisable, sbb dpt menjimatkan ruang dlm freezer uolls... =)

Autumz Storage Bottle


  • Deep Freezer / Chest Freezer & etc
Ok... kalau aku mmg xbeli deep freezer ni, sbb aku punya stok xderlah melimpah ruah sgt... pada sesaper yg punya stok beratus2 oz tu, aku nasihatkan belilah satu deep freezer. alah murah je pon kalo beli jenama yg biasa2 je bole dapat dalam RM500 - 700. lebih baik kuar sikit baget beli deep freezer ni daripada tgk susu kita dibuang begitu sahaja sbb dah expired or xmuat fridge. Susu yg disimpan di dalam deep freezer ni boleh tahan sehingga 6 bulan... kalo dalam fridge 2 pintu 3 bulan. and fridge 1 pintu cuma 2 minggu jer.... 

Deep Freezer

Cukuplah kali ni... sbnrnya yang aku senaraikan ni hanyalah yang aku rasakan paling penting sahaja, tapi kalo korang banyak buat research lg, adala lagi beberapa senarai yang perlu ditambahkan... walaubagaimanapun apa yang penting dalam melaksanakan misi penyusuan eksklusif bagi ibu bekerjaya ni adalah niat dan semangat perlulah utuh dan teguh...

Good Luck!! Enjoy ur breastfeeding journey..... gtg

No comments:

Post a Comment